Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, September 19, 2010

RAKAN SOSILAWATI DITEMUI MATI..

Rakan Sosilawati ditemui mati


SARINA JAAFAR


BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.

Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini.

Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul.

Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti.

"Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat.

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.


---------------------------------------------

Tergantung atau menggantung?..Andai tergantung akibat perbuatan orang yg masih tak insaf2 lg..pihak polis kerana segera siasat..kot2 masih ada kuncu2 yg seangkatan dengan kes sosilawati..

Dan andai menggantungkan diri..hmm itu bukan jalan terbaik utk meratapi kesedihan atas pemergian teman baiknya..wallau a'lam..

Bagai tak rela berpisah di dunia..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin..Takziah untuk keluarga Allahyarhamah..semoga mereka tabah menghadapi pemergian ini..

Teringat kisah Bilal bin Robah (r.a)..kerana kasihnya beliau kepada Rasulullah..kerinduan yang amat sangat kepada Rasulullah..beliau merana..setiap hari mengingati kekasih Allah..sehingga ke akhir hayatnya..

Memang la tak layak kita nak samakan dengan kisah persahabatan dan persaudaraan kita dengan para kekasih Allah ni..tapi jadikan ia sebagai contoh terbaik..

Kalau nak baca selanjutnya tentang siapa Bilal ni..Boleh rujuk SINI

Wallahu a'lam..



No comments: