Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, September 14, 2010

PUASA ENAM DAN QADHA'..BOLEHKAH DINIAT SEKALI?

Soalan;

Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;


a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).


Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/22-23.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 213-214.

-----------------------------------
Harap terungkai persoalan ni..penting gak ni terutama utk kaum wanita..kawan2 saya selalu bertanya hal ni..Memang apa yg saya terangkan tidak bersalahan dengan huraian ni..berdasarkan apa yg saya dengar dari ustaz2 time belajar dulu..kita dahulukan yg wajib..yg sunat tu kita serah pada Allah penerimaannya..

Jika mampu..bleh la puasa berasingan..itu yg lebih afdhal..insyaAllah

6 comments:

alinac lover said...

tq..info yg sgt berguna~

Kalamhati said...

sama2 share ilmu..=)

carr said...

tanx 4 de info..:)

Kalamhati said...

sama2..-)

::wan:: said...

TQ!.. sangat berguna..=)

Kalamhati said...

no problem..sharing is ukhwah!..=)