Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, September 30, 2010

Nama bukan main Islamic lagi.taapii..

KOTA BAHARU: Polis Kelantan telah menumpaskan kumpulan dikenali "Al Fatah" yang terlibat jenayah curi kenderaan di Kelantan berikutan penahanan 12 anggotanya dalam satu operasi selama dua minggu berakhir semalam.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner (ACP) Mazlan Lazim, berkata kesemua lelaki berumur antara 21 dan 36 tahun itu dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan di Kelantan dan Terengganu dan diberkas secara berasingan dalam Operasi Lejang.

"Mereka mencuri dan mengubah nombor casis enjin kenderaan sebelum menjualkenderaan itu kepada umum," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Dalam operasi itu sebanyak 13 kereta dan dua buah motosikal telah dirampas.

Mazlan berkata mereka yang diberkas itu memiliki rekod curi kenderaan.

Katanya polis masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibatdalam kumpulan itu. - BERNAMA

---------------------------------

Nama kemain lagi..'Al-Fatah' bagai..hehe cem kumpulan nasyid gitu..ropanya kumpulan kebas kereta orang..sabar je la..

Sesuai gak nama tu sebenarnya..Al-Fatah bermaksud 'Yang Membuka' atau 'pembukaan'..haa betul la tuu..buka kereta orang!!Macam-macam hal..


No comments: