Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 1, 2010

Nak tambah pendapatan?...


Senang je..bersedekah lah..nescaya Allah akan lipat gandakan rezekinya pada kita..Bersedekah juga boleh menolak bala dan penyakit..menyihatkan tubuh badan kita..tak percaya?..Ada buktinya..


Allah Ta'ala berfirman,

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".

{Qs. Al Baqarah (2) : 261}


Sabda Rasulullah SAW

"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah"


"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah"


"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah"



5 Kelebihan Sedekah di Dunia

1-Harta penderma sentiasa Suci.

2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.

3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.

4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada allah.

5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.



5 Kelebihan Penderma Di Akhirat

1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.

2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.

3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.

4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.

5-Allah akan menambah darjat kedudukannya di dalam Syurga.


**Jom kita sama2 bersihkan dan tambah pendapatan kita..sihatkan tubuh badan kita dengan bersedekah..Sesungguhnya janji2 Allah itu benar2 belaka..=)

No comments: