Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, September 4, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan?..

Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata
tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita
Agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa
Di lain masa..


Lagu yang sangat sinonim bila adanya apa2 perpisahan..btul tak?nak2 kalu dulu2 taim perkhemahan badan2 uniform kt skolah..ari last b4 tamat perkhemahan mesti nyanyi lagu ni..

Dan semalam sempena majlis persaraan Ustzh Hjh. Yuhanis bt Abdul Majid atau lebih mesra di kalangan murid2 dan rakan guru dengan panggilan ibu ini, lagu bertemu dan berpisah ni didendangkan oleh kami semua diketuai oleh Pn. Rose Nabitah..sayu dan syahdu je Kak Rose nyanyi..tangkap leleh gak la diriku..huhu

Wajah sedih dan sugul ibu..mungkin merenung hari2 mendatang..
apa yg hendak dilakukan bagi menggantikan rutin harian mengajar..


Persembahan yg best dari murid-murid Pra Sekolah..
(awat yg sorang tu kuar barisan jauh bebeno..hehe)


Masih lagi mampu mengukir senyum


Saat mengungkap rangkap2 pantun..airmata ibu tidak tertahan lagi..syahduu


Merenung dan terus merenung..


Ciuman dari seorang ibu kepada anak didiknya


Cantik tak?!(cem eric leong lak..ehee)
Hasil kreativiti staff sokongan sekolah..kak maradhiah


Idea gunakan buggy ni timbul selepas tidak berjaya dapatkan beca..
Nasib baik ada suami cikgu sekolah yg bekerja dgn TUDM..thanks Jee!


Cikgu2 amik peluang posing..

Vespa pun ada..hehe klasiknya!


Cem pengantin baru lak..Cikgu Nasri akan hantar ibu pulang ke rumah


Cikgu Nasri kata dia rasa cem artis je..glamer!hehe


Rasa syukur sgt sebab apa yg kami rancang berjalan lancar..hilang segala penat..syukur juga sebab dapat rakan2 yg sentiasa membantu dan bersatu hati..

Buat ibu..selamat bersara dan selamat menempuh rutin baru..semoga ibu sentiasa diberkati dan diredhai Allah..dikurniakan kesihatan yang baik..Terasa sangat kehilangan beliau..Setiap kali berbual ngan ibu..akan ada pesanan dan nasihat berguna..Pasti akan rindu semua tu..

No comments: