----------------------------------------------------Isu Bakar Al-Quran : Tindakan boleh timbul kemarahan global
CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam.
GAINESVILLE: Amerika Syarikat mendakwa tidak mempunyai kuasa menghalang sebuah gereja di Florida daripada membakar beratus-ratus al-Quran sempena ulang tahun 11 September walaupun bimbang ia boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia.
Rumah Putih berkata ia berkongsi kebimbangan pemimpin tentera bahawa langkah oleh sebuah kumpulan pelampau Amerika Syarikat itu boleh mencetuskan kemarahan dari seluruh dunia Islam dan membahayakan nyawa tentera Amerika Syarikat.“Ia meletakkan tentera kita dalam bahaya. Jelas sekali sebarang aktiviti serupa yang akan membahayakan tentera kita menjadi kebimbangan pentadbiran,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs.Beliau mengulangi kenyataan oleh komander NATO dan pegawai tertinggi Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraeus yang memberi amaran bahawa membakar kitab suci Islam itu akan membantu propaganda pemberontak di negara bergolak itu.
“Ia akan membahayakan tentera dan boleh membahayakan usaha kita secara keseluruhan,” kata Petraeus kepada akhbar The Wall Street Journal dalam komen yang disokong oleh ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.
Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengutuk rancangan gereja itu yang disifatkan beliau sebagai perbuatan yang tidak menghormati dan memalukan.Namun sebilangan kecil gereja Florida berikrar untuk menandakan ulang tahun kesembilan 11 September Sabtu ini dengan membakar al-Quran sebagai cara memperingati hampir 3,000 yang terbunuh akibat serangan al-Qaeda.Walaupun pihak bomba menolak permohonan beberapa minggu lalu daripada seorang paderi, Terry Jones bagi mengadakan majlis pembakaran secara terbuka, polis tidak boleh campur tangan sehingga mereka betul-betul membakar Quran terbabit.
Malah penangkapan juga tidak boleh dibuat kerana ia bertentangan dengan ordinan tempatan di mana kes seperti itu hanya akan dikeluarkan denda dan amaran.
Jones berkata membakar al-Quran bertujuan memperingati mereka yang dibunuh dengan kejam pada 11 September dan untuk memberi amaran kepada kumpulan radikal Islam.
Langkah berkenaan menyusul tercetusnya sentimen Islamofobia berikutan rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York yang berhampiran dengan Ground Zero, tapak di mana pernah menyaksikan berdirinya Pusat Dagangan Dunia sebelum ia musnah dalam serangan 2001 berkenaan-BHarian
Bila Hati Berbicara..Tangan Melagukan Rentak Seiring..Melahirkan Irama Yang Mewarnai Hidup Ini..
Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!
My Life's Journey
Saturday, September 11, 2010
911..Hari Bakar Al-Quran?..
Jika benar bagai dikata..tegarkah mereka ini merealisasikan?Atau hanya gembar-gembur yg ditimbulkan oleh manusia2 tertentu sahaja..yg mahu memporak-porandakan ummat Islam..dan juga nak timbulkan kekecohan di kalangan penganut Kristian sekali..
Bila dengar isu ni pelbagai reaksi timbul di kalangan ummat Islam..ada yg membuat demonstrasi..untuk membantah..Banyak pihak gereja juga memberi reaksi tidak bersetuju..menganggap perbuatan itu sebagai memalukan..
Jika benar2 berlaku..kita perlu mempertahankan kedaulatan 'dustur' atau perlembagaan ummat Islam ini.. Kita perlu berjuang utk mempertahankan kesucian Al-Quran..
Namun, ku yakin..Al-Quran dijaga Allah..walau apapun yang mereka lakukan..Al-Quran tetap terpelihara..Ataupun memang mereka btul2 nak mencabar kekuasaan Allah..nak tengok sendiri macamana Allah melaknati mereka..silakan lah..
Sebenarnya..yang paling penting..kita sendiri yg kena jaga Al-Quran..baca dan amalkan..Bukan hanya letak Al-Quran tu disudut paling tersorok kt umah..Ada yang hanya baca taim Ramadhan dan malam Jumaat je..tu yg lebih menyedihkan..
Selebihnya kita serah pada Allah..Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg tersirat dalam hati2 hamba-Nya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment