Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 8, 2010

80% habis dijual!..

Lebih 80 Peratus Tiket Perjalanan KTMB Ke Semua Destinasi Habis Dijual

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus tiket perjalanan bagi Hari Raya yang dijual oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak akhir Ogos lepas untuk semua destinasi telah habis dijual.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata tiket bagi perjalanan ke arah pantai timur sudah habis dijual manakala bagi arah ke utara dan selatan, tiket perjalanan masih ada.

"Pengguna yang ingin pulang ke kampung bagi arah utara dan selatan, mereka boleh mendapatkan tiket di kaunter-kaunter KTMB," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa KTMB di sini, Selasa.

Pada majlis itu, Dr Aminuddin turut mengedarkan sebanyak 5,000 pek hari raya di mana 3,000 pek diberikan kepada penumpang perkhidmatan KTM Komuter dan bakinya diberikan kepada pengguna KTM antara bandar.

Beliau berkata pada tahun lepas, KTMB memperuntukkan sebanyak 100,000 tempat duduk bagi promosi semasa hari raya yang habis dijual manakala bagi tahun ini, jumlah tempat duduk terpaksa ditambah kepada 140,000 bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Sementara itu, Dr Aminuddin berkata pihaknya telah berjaya menjual lebih 90 peratus tiket keretapi elektrik EMU (electric multiple units) iaitu perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) yang kali pertama diperkenalkan sempena hari raya pada kali ini.

Beliau berkata sebanyak empat unit ETS bagi perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur dan Ipoh-Seremban selain perkhidmatan shuttle dari Kuala Lumpur-Ipoh akan digunakan bagi musim perayaan pada kali ini.

Beliau berkata KTMB menawarkan tambang promosi sebanyak RM30 sehala bagi ETS untuk perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur bermula 12 Ogos lepas sehingga 28 Februari depan yang mampu bergerak pada kelajuan 160 km/j dan mengambil masa selama dua jam perjalanan. - BERNAMA

---------------------------------------------------

Teringat pengalaman balik raya dengan keretapi ni..dari Stesen Mentakab ke Stesen Wakaf Bahru, Kelantan tahun lepas..berpeluh sakan tungu train yg lewat lebih sejam..dan before train sampai..terdengar pegawai stesen bgtau yg train penuh sangat..kemungkinan tak dapat berhenti di stesen Mentakab..Aduss!ku ngan adik ku panik la gak..risau takut tak dapt balik..

Biasanya bila tiba musim perayaan terutama Aidilfitri ngan Raya Haji..dorang yg tak dapat tiket bas memang serbu stesen KTM sbb bleh naik tanpa tiket..dan dalam train nanti baru pegawai pemeriksa tiket tu akan kenakan bayaran 2 kali ganda..tu yang smpi nak jalan pun tak bleh..

Kitorang memang dapat satu tiket je..so, gamble naik..jadi kena gilir2 duduk..bayangkan ku bertenggek di tempat rest lengan tu lebih dari 6 jam..huhu nak bergerak pun tak dapat sebab terlalu sesak..rasa cem pelarian pun ada..huhu

Tahun ni, kitorang drive balik..dah serik dah..tanak bersesak lg..sesak dada duk hidu asap rokok insan2 'yang memang tak sekolah'..orang ramai cemtu pun still nak smoking gak..memang bengong!..


No comments: