Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, August 13, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan..


Ekceli event ni berlangsung pd Isnin lepas, lambat share kt sini sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..(psl sakit nnt citer kt entry len..)

Masa ku sampai sekolah ni, tahun 2008 memang ku pelik gak sebab sambutan bulan kemerdekaan dan penutup bulan kemerdekaan cem suam2 kuku je..huhu pepandai je..Bukan pe, al-maklum lah sekolah lama kt Sarawak memang meriah sungguh..Happening abis..Bila tgk biasa2 je, cem tadak semangat gitu..Kt sana ku yg lelebih semangat bantu guru2 lain sediakan lagu2 patriotik untuk murid-murid dan guru-guru nyanyi sama2..Seronok!

Bukan nak meriah cemana, tp bagi ku..event yang bercorak patriotik seperti Hari Kemerdekaan ni memang patut happening sket terutama kat sekolah..Generasi muda ni perlu disemai rasa kecintaan kepada negara dengan nyanyian lagu2 patriotik yang banyak mereka tak tahu nyanyi..huhu..tak salah nak nyanyikan lagu2 bentuk macam ni rasanya kan..Memang kita kena sayang negara kita..btol tak?

Tahun ni, ku nak ucapkan tahniah kpd Pn. Aziyana, guru bimbingan dan kauseling sekolah. Sejak dia berkhidmat kt sekolah ku awal tahun ni, banyak program yang dah beliau buat..Nampak perubahannya. Takde lah hanya concerntrate pada P&P je..adakalanya benda2 cemni yg membantu perkembangan minda anak-anak ni..

Cem program sambutan ni, time ku amik gamba2 program, rasa nak gelak pun ada tgk bebudak terpinga2 tengok persembahan koir lagu2 patriotik..Orang suh nyanyi sama2 tp ramai yg melopong je..Kagum ke pelik ke tatau la..hehehe selalu penutup bulan kemerdekaan je yg dibuat..tu pun kibarkan bendera dan nyanyi lagu kebangsaan je then bersurai..Ni siap ada koir lg..Siap leh pegang bendera sorang satu..Mau tak jakun dorang!hahaha

Next week, majlis sambutan awal Ramadhan lak..Dengarnya interesting gak perancangannya..Siap ada pokok kurma tiruan gitu!hehe tunggukan updatenya nnt..


No comments: