Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, August 2, 2010

Jodoh Yang Sekufu..Penting ke?



“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.

Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa:

tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.

Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata.

Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia.

Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim!

sumber: Dr. Hasanah (syukran jaziilan)

------------------------------------------------------

Rasanya kita dapat gambaran jelas mengenai maksud sekufu ni..Jangan sempitkan skop sekufu tu hanya pada pangkat, minat yang sama, keturunan dan segala aspek kebendaan sahaja..Aspek keagamaan yang perlu diutamakan..agamanya..akhlaknya..agar keluarga yang terbina nnt terjaga dan sentiasa berlandaskan agama sebagai landasan..akhirnya akan membentuk sebuah keluarga Islam yang diredhai Allah..

5 comments:

diriku said...

skrg ni mmg org pndang status..adoi2 ..

Kalamhati said...

huhu..memang..itu hakikat yg berlaku sekarang..

norgee said...

i guess that's the reason why i am still single! hehe

Kalamhati said...

yup2..huhu..status kita ni tak cukup gah ke lg gee..haha

norgee said...

kak tie, bukan status tak cukup gah utk kita..tp utk mereka d luar sana...tak cukup berani utk bersama kita..keh3...