MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Pertama-tamanya op kos la kita kena panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Ta'ala kerana mengekalkan keamanan dan keharmonian kita..Memberi rezeki yg maha banyak dan melimpah ruah..dan Dia masih lagi meminjamkan nyawa utk kita menghela nafas dan menghirup udara di bumi bertuah ini..
Di sini tempat tumpahnya darah kita..di sini kita merangkak, bertatih, berjalan, berlari sampai sekarang kita dah senang lenang..bahagia bersama keluarga..Kat mana lagi kita nak cari ketenangan dan keamanan kan?
Peritnya nenek moyang kita memperjuangkan kebebasan utk kita dari cengkaman penjajah..Titis darah dan keringat yg mengalir tu perlu kita bayar dengan ketaatan dan kecintaan kita kepada bumi bertuah ini..
Kita perlu sama bersatu mempertahankan kedaulatan negara dari sewenang-wenangnya dicaci dan dipijak oleh orang lain..kerana keunikan kitalah, mereka dengki..kerana keakraban masyarakat majmuk kita inilah, kita dicemburui..kerana keamanan dan kestabilan bumi kecintaan inilah, kita dikhianati..
Namun, jangan cuba melatah wahai saudara2ku..jika kita teguh..jika kita patuh..jika kita utuh..jika kita ampuh..kita takkan lumpuh..kita takkan jatuh..kita takkan gemuruh..kita takkan runtuh..
Jangan biar nafsu kemudi diri..jangan biar diri lemas tanpa pegangan..jangan biar jiwa kosong tanpa ilmu...jangan biar hati mati tanpa mengingati-Nya..
Hayati erti 'merdeka' yang sebenarnya..Bukan bebas tanpa kemudi..bukan lepas tanpa arah..bukan maju tanpa hala tuju..Tapi hati merdeka yang punya matlamat..punya jati diri..punya semangat..punya hormat..punya adab..punya akhlak..
Ayuh bersama kita menjana transformasi diri..jadi lebih baik dari semalam..diberkati Allah dalam setiap langkah perjuangan..disanjung dan disegani di mata insan..Berjaya di sini dan di sana kelak..insyaAllah!
Salam Kemerdekaan Buat Anak Bangsa Malaysiaku!
No comments:
Post a Comment