Bila sebut pasal branding je...mesti kita terbayang produk-produk yg ada kt pasaran..brands yg famous seperti Mc Donads, Nestle, Nike, Adidas, Celcom, Maxis dan macam2 lagi la..And Nowadays, yg paling ketara sekali pengeluar produk2 ni berlumba-lumba melabelkan produk mereka dengan label atau jenama Islam..As if Islam hanya mampu diterjemahkan apabila sesuatu itu mempunya label "Islam"..
Adakah dengan melabelkan sesuatu itu dengan label Islam maka ia menepati chracterics Islam yang sebenar?Institusi perbankan berlumba2 memperkenalkan Islamic Banking masing2..walhal ada desas desus mengatakan yang bank yg membawa label "Islam" sendiri pun tidak berlandaskan Islam..so bagaimana?Terasa seperti kita dimomokkan dengan label-label Islam ini sedangkan pelaksanaannya adalah disebaliknya..
Ooops bukan nak huraikan pasal jenama produk ekceli..huhu hanya muqadimah je..
Tertarik dengan term "Personal Branding" ni bila mendengar huraian seorang ustaz di radio IKIM..tetapi dia hanya menyentuh sedikit sahaja..hanya tentang kekuatan diri dan amanah..Lalu ku balik umah bukak laptop mencari gali ilmu2 yg mungkin dpt menghuraikan lagi pemahaman tentang istilah ini..Namun tak banyak yang menghurai tepat tentang ini..Yang bersepah hanya tentang penjenamaan diri untuk perniagaan internet dan MLM..huuu
Jadi konsep penjenamaan atau penjenamaan semula produk ni dah lama dah wujud seperti yg kita tahu..Dan ulama'2 terkini yg kreatif dan berpandangan jauh telah mengambil term ni untuk memudahkan pemahaman kita tentang konsep melahirkan semula atau melakukan anjakan paradigma diri..atau dalam erti kata lain..melabelkan diri kita samada baik atau buruk..sesuai dengan peredaran zaman dan kewujudan istilah2 canggih dalam bahasa..
Kita selalu dengar orang kata "si fulan tu baik..tetapi dia malas"..takpun "dia nakal sikit tapi dia baik"..ataupun "dia baik hati tapi bab solat kurang sikit"..apa maknanya kat sini?Maknanya jenama si fulan ni bukan positif..masih lagi negatif..mencapai standard Islam ke?Jawapannya tidak kan?Tak kata orang lain..Bila ku fikir2kan..renung dalam diri..Aku sendiri pun masih tak lulus untuk jenamakan diri sebagai produk bagus yang Allah akan beli..yg Allah suka..Sifat malas..berwasangka..buang masa..membazir..solat akhir waktu..masih lagi setia jadi ingredient dalam diri..
Asas personal branding yang berlandaskan Islam adalah kekuatan dalam diri (Al-Quwwah) yg menjadi benteng dari segala ancaman nafsu dan sikap yang negatif..seterusnya Al-Amin..Amanah dalam segala urusan yang dibuat..dalam segala tanggungjawab yang dipikul..
Mampukah diri menjadi jenama terbaik yang menjadi pilihan Allah kelak?atau hanya terbaik di mata insan ciptaan Allah sahaja?Kerana terkadang kita disukai dan disanjungi hanya kerana bakat luaran sahaja..Tidak pada peribadi unggul dalam diri..Ramai orang dikagumi kerana bakat nyanyian..bermain alat muzik..kreatif melukis..tangkas bersukan..genius dalam perisian2 canggih tetapi kosong hatinya..Lalai jiwanya..Nauzubillah..nikmat yang kita nmpak tetapi sebenarnya itu adalah ujian dari Allah..Allah beri nikmat untuk uji kita..uji kekuatan jiwa kita..
Kadang-kadang bila dapat rezeki melimpah..kita gembira dan bersyukur..yakin itu rezeki Allah bagi..tetapi bersyukur hanya pada mulut..tidak pada perbuatan..ibadat pada Allah masih ditakuk lama..solat pada waktu sayup2 nak masuk waktu solat yang seterusnya..Bersantaian ke san ke mari smpi hujung waktu..Baru tergesa-gesa nak tunaikan hak Allah..diriku pun tak terkecuali begitu..Janji dengan manusia yg lebih penting..lebih didahulukan..tapi janji dengan Allah jarang punctual..huhu astaghfirullah..
Bukan membawa isu yang berat..atau sarat..tetapi yang berat inilah yang perlu kita fikirkan..kerana yang berat inilah yang akan meringankan hisab kita di alam baqa' kelak..banyak tanda2 akhir zaman Allah tunjuk dan buktikan sepertimana yg terkandung dalam Al-Quran..samada kita takut atau kita tak hairan langsung dengan alamat-alamat besar yang Allah tunjukkan..kita tanya hati kita..we know ourselves but Allah knows best!
So, marilah kita sama-sama jenamakan diri kita dengan jenama yang 'halal dan diyakini Allah'..bukan makin lama makin hilang logo 'Islam' tu kat jenama diri kita..Wal 'iyaa zubillah..
No comments:
Post a Comment