Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi (SAW) yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi (SAW) bersabda:
Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa.
Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa ? Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudah memadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud bertegur sapa dan menghapuskan dosa.
Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya.
Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.
Sedangkan Nabi yang memang dijanjikan Allah Syurga itu pun sedia mengampunkan ummat Nya..Inikan pula kita sesama manusia..Tidak ada manusia yg tidak melakukan kesilapan di atas muka bumi ini..Kita sentiasa alpa dan leka..lupa..marah..tp jangan sampai memutuskan hubungan sesama insan..
لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.
Sedangkan Nabi yang memang dijanjikan Allah Syurga itu pun sedia mengampunkan ummat Nya..Inikan pula kita sesama manusia..Tidak ada manusia yg tidak melakukan kesilapan di atas muka bumi ini..Kita sentiasa alpa dan leka..lupa..marah..tp jangan sampai memutuskan hubungan sesama insan..
Kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah kembali kepada-Nya..seminit lagi..sejam lagi..esok..lusa..minggu depan?Bila lagi kita nak berdamai??Nak tunggu di akhirat kelak?Di tengah2 lautan manusia yg sibuk dengan urusan perhitungan dengan Allah?Apalah sangat nilai kemaafan di dunia terhadap kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh sesama kita jika dibandingkan dengan susahnya kita nk mengharungi lautan manusia utk mencari si polan itu utk membuat perhitungan di depan Allah..kerana Allah hanya akan mengampunkan dosa kita kepada-Nya sahaja..tetapi dosa kita sesama kita..dosa kita buruk sangka sesama kita hanya akan terampun sekiranya si polan itu redha..maafkanlah..
Hidup kita di atas bumi ini serba lemah..jgn kita takbur..jgn kita rasa kita hebat..kita bukan malaikat yg tidak melakukan kesilapan dan kesalahan..Kita juga tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan..Bila hukum memutuskan ukhwah itu haram..Maka kita tahu besar mana dosa yg perlu kita pikul..Wal'iyaazubillah...
"Binalah kasih sayang sesama insan..demi kasih sayang Allah"
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment