Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 24, 2009

FIQH WANITA..


Dalam BAB TIGA:

"
Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID : Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya
waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

Jika perempuan mendapati darah haidnya kering
sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH:

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Diatas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / DarulHaramLilTurath.

**Diambil dari blog ni

Walaupun keterangannya mungkin susah nak difaham untuk pertama kali baca, tp jika faham btul2 dan cuba relatekan dgn kedatangan haid dan bila masa kita mandi wajib..InsyaAllah lebih senang difahami..Memang btul apa yg dikatakan oleh penulis. Ramai di kalangan kita wanita meringan-ringankan bab mandi wajib dan qadha solat ni. Ramai yg beranggapan solat hanya perlu ditunaikan bila dah mandi wajib..Yang dah ditinggalkan tu tinggallah..Sedangkan kita terlepas pandang perkara yang sangat2 penting kita buat selepas mandi wajib..

Kepada yang dah tahu..Alhamdulillah..Kepada yg dah tahu tp keliru atau tidak faham dan kepada yang tidak tahu langsung pasal bab ni..Boleh la fahamkan btul2..InsyaAllah ilmu yg bermanfaat jika kita panjangkan banyak fadhilatnya..Sekurang2nya kita menjadi wanita yg lebih mulia di sisi Allah..

Apa yang nak diingatkan di sini ialah jangan lengah2kan mandi wajib..Bila kita lengahkan sedangkan kita dh wajib mandi..Satunya kita berdosa kerana melengahkan perkara yang wajib..Satu lagi berdosa kerana tidak qadha solat yg dengan secara tidak kita sedari kita tinggalkan dan tidak mengqadhanya..

Kita tidak perlu malu untuk bertanyakan perkara wajib yg kita tidak tahu..Dan tidak perlu juga malu utk memberitahu perkara yg wajib orang lain tahu..Terutama di blog..Sesuai dgn peredaran zaman dan masa..Zaman sekarang ni budaya atau fenomena 'blogging' menjadi satu trend dalam hidup kita..Jadi, di samping kita blogging tentang cerita hidup kita..cerita hidup orang keliling kita..Adakalanya ilmu yg kita rasa bermanfaat utk semua juga perlu kita share..Baru btul ukhwah namanya..Btol tak?

Wallahu a'lam

No comments: