Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, October 1, 2009

AL-ZALZALAH..

Beberapa negeri di negara kita pun turut merasa tempias gempa bumi yg berlaku di Padang, Indonesia petang semalam termasuk negeri tempat ku bermastautin skang iaitu Pahang..Gempa bumi yg berkekuatan 7,6 skala ritchter mengorbankan hampir 467 orang setakat ini..huhu..Ku sendiri dapat merasa gegaran tu ptg semalam sewaktu tengah online..rasa pelik bila sofa yg ku duduk cem terasa digoyang tp tak terfikir apa2 pun since on dat time angin kuat dan cuaca mendung..ku hanya sangka rasa bergoyang dan bergegar tu hanya sebab angin kuat almaklum lah ku berada di tingkat 3..

Dan malam tadi pun tak dpt bukak tb utk tgk news sbb kilat sabung menyabung..bila pegi sekolah pg tadi baru ku tahu citer sebenar..sbb cikgu2 kecoh duk cerita..dan barulah ku tahu apa yg ku rasa semalam tu adalah gegaran kesan gempa bumi di Indonesia rupanya..Bila ingat balik rasa gerun gak..sebab bukan bergegar saja..macam gegar dan pusing sket2..cem rasa duk lem 'pengayak tepung' je..huhu

Apakah bencana ini hanya sekadar kejadian alam yang biasa berlaku di Indonesia..dan mana2 tempat lain di dunia ni, ataupun itu merupakan
wake-up alarm dari Allah kepada kita semua..Sebelum tibanya Al-Zalzalah (gegaran) yang sebenar yang akan menamatkan hayat alam semesta ni..Aargh gerun nya..Ya Allah!Selamatkanlah kami dari kemurkaan-Mu..Maha Suci Engkau Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan seluruh isinya..Jangan Kau jadikan hidup kami sia-sia..Kerana kami tidak mahu tergolong bersama mereka2 yg rugi..Amin

No comments: