KehidupanMunsyid : In-Team
http://liriknasyid.comKesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan
Adakalanya Allah bagi sedikit kesedihan tanda kasih Dia kepada kita..DAN..Adakalanya Dia hamparkan seluas kesenangan dan kegembiraan kepada kita..Sekiranya kita bersyukur..kita hambaNya yg mengenang budi..NAMUN..Adakalanya kegembiraan itu AMARAN dari Allah agar kita tidak terus leka..MALANGNYA..selalunya kegembiraan itu membuat kita leka..ALPA..sehingga membawa kepada MURKA-NYA..
UJIAN itu TANDA KASIH-NYA pada kita...kerana kesedihan dan kesakitan membuat hati kita dekat dan sentiasa mengingati-NYA...KESENANGAN itu TANDA AMARAN dari-NYA..untuk kita muhasabah diri..betulkah kita di atas garisan yg lurus..ataupun kita sudah jauh dari garis lurus itu..kerana kesenangan selalu membuatkan hati kita lalai..leka..takbur..bongkak..lupa diri..
Serius je bunyik..huhu biasa la..memang perlu serius bila memperkatakan psl ni..bukan memberatkan kepala sesiapa (kalau rasa berat pala toksah baca..hehe)..ku tulis utk peringatan sendiri..bila ku dengar nasyid ginilah jadinya..hati berkata-kata..menilai..dan tangan cem tak sabar nak ketuk kibod..ku tanak keinsafan tu pergi cemtu je..biar terpahat kt sini sebagai rujukan ku bila2 ku perlukan..
Hidup ni pun tak lama..usia kita semakin lama semakin meningkat..esok belum tentu mata ni bisa celik menatap laman2 nukilan teman2..tangan ni belum tentu biasa lagi mengetuk kibod berkongsi pengalaman dan cerita hidup..dan rongga hidung ini belum kan tentu bisa lagi menghirup udara segar pinjaman Allah..
Apa pun hidup perlu diteruskan untuk kita mengutip seberapa banyak ranting2 amal dan jariah sebagai NUR untuk menyinari perjalanan hidup kita di alam abadi kelak..Moga diri ini dan insan2 terdekat tidak teraba-raba dalam kegelapan..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment