Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, July 8, 2009

Sajak Untuk Micheal Jackson..



Lelaki Dalam Cermim (Ingatan kepada Jacko)

Dia, lelaki yang berdiri tegap
menghadap yakin cermin hidup
tegar menatap dunia segenap
mewarnai jiwa sepenuh harap
agar tiada lara dalam gelap.

Tercicir masa kecil
sukar dijejaki kembali
hingga terperangkap diri
mengejar indah jalur pelangi
seorang Peter Pan yang ilusi.

Bernyanyi hati menerjah sunyi
beraksi raga menguja peri
ligat tari mengungkap diri
menukar rupa mencabar perli
segalanya rahsia yang sari
Raja Pop gelar diberi.

Kemasyhuran yang dicapai
bukanlah harga yang dicari
kasih sayangnya begitu bererti
sebelum degup terhenti
suci cahaya Ilahi
terlebih dahulu menyinari
pengakuan bersaksi nurani Mikaeel,
legenda seni yang tiada tara.

Perginya yang tiba-tiba
menyihir sejenak penjuru dunia
antara percaya dan nafi
air mata jujur membasahi
pada takdir yang pasti
seorang lelaki dalam cermin zaman.

Rosani Hiplee
Los Angeles – Kuching.


Dipetik dari laman penyair

1 comment:

fifa said...

best!