Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, July 25, 2009

Halimatus Saadiah..

Nama ni cukup besar dalam sejarah hidup Nabi Muhammad(SAW). Dialah ibu susuan Nabi. Wanita dari Bani Saad yang tinggal di daerah pinggiran Kota Mekah ini dengan penuh redha mengambil bayi yang bernama Muhammad untuk disusukan. Di saat semua ibu susuan lain mendapat bayi-bayi hartawan..Muhammad tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu lain. Namun, dia redha dengan rezeki yang diperolehi walaupun dia tahu upah menyusukan Muhammad si anak yatim itu tidak lumayan. Daripada pulang dengan tangan kosong, sekurang-kurangnya dia mendapat upah untuk menampung hidup keluarganya. Lalu Muhammad itu diambilnya dan dengan kuasa Allah segalanya berubah.

Unta betina tua yang ditungganginya tiba-tiba mengeluarkan susu yang banyak..Ini membolehkan Halimah menambah tenaganya untuk menyusukan Muhammad..Dan yang menakjubkan ialah Muhammad menyusu dengan enak dan tertidur kekenyangan selepas disusuinya sedangkan susunya sudah kurang..

Bukan itu sahaja, banyak lagi keberkatan yang dibawa oleh Muhammad kepada keluarga Halimah dan seluruh penduduk kampungnya..Tanah yang tandus akibat kemarau menjadi subur..Dan binatang ternakan membiak dengan banyak..Limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada Halimah..

Serba sedikit kisah tentang wanita pilihan ini..Ratu dihati Nabi Muhammad dan insan pilihan Allah Taala untuk menyusukan kekasih-Nya. Beliau pembuka episod awal sirah Nabi. Diangkat darjatnya kerana kemuliaan hatinya..Memang tidak rugi berkorban untuk agama kan...

Actually, ku terfikir nak post pasal Halimatus Saadiah ni dari semalam lagi..Time dengar ceramah Israk Mikraj kt sekolah..Then ku balik umah, bukak laptop.Pasang lagu Halimatus Saadiah yang dinyanyikan oleh Inteam..Banyak kali gak ku repeat dengar..Biasa bila dengar lagu ni memang ku akan dgr banyak2 kali..Bila hayati bait demi bait lirik dia, memang sebak abih..tapi rasa bersemangat..cem ada kekuatan dan semangat bangkit dari dalam diri..Serius

Kalau tak percaya..Cuba dengar dan hayati

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Halimatus Saadiah

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

1 comment:

halimatus saadiah said...

askom nama saye halimatus saadiah.umo saye 13 taon.saye harap ngkorang panjangkan lagi kisah hidup beliau