Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, July 18, 2009

Dah lepas daa..

Ini bukan posting berbau politik ye..hehe ku bukan giler politik..jaz nak share pe yang ku sempat tembak time lalu kt tempat tu je..hehe








Ku terlambat nak post gamba2 yang sempat ku amek taim perang poster dan bendera di Manik Urai aritu..Tho dah lepas dan result pun dah diketahui..Ku nak letak gak kt sini..Tak kira..ini bloog...ana yang punya lah..ana punya suka lah (baca gaya P Ramlee nih)..hehe tp ku suka tgk melon pas tu..hee

Walau sesiapa pun yang menang..amanah yang terpikul perlu dilaksanakan sebaik mungkin..Apa yang penting kena mengikut landas2 yang telah disyariatkan..Dan yang teramat penting sekali..Seorang pemimpin tu mesti 'Muslim'..Sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah Taala..Kerana terlalu banyak tanggungjawab dan hukum Allah yang perlu kita jaga di dunia ini..Terutama sekali solat..Sekiranya pemimpin kita bukan di kalangan orang mukmin..Maka, jauhlah kita dari rahmat Allah..Wal'iyaa zhubillah..

Bukan soal parti..tetapi boleh atau tidak menjadi qudwah kepada rakyat di bawahnya..boleh atau tidak menjadi pemimpin sebaik para sahabat dan para tabi'iin..paling tidak pun ke arah itu..Kerana pemimpin itu yang akan membawa kita semua ke syurga Allah atau menghumban kita ke neraka jahanam Nya..Allah menyuruh kita meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati kita, kerana akhirat itu yang lebih utama..

Apa yang terjadi sekarang, kita lebih sibuk dengan urusan dunia..semakin kita sibuk semakin kita jauh dari Allah..Betul tak?Maybe salah..tp rasanya betul..Bila kita sibuk, kita solat di akhir waktu..tu pun solat cem ayam patuk ke lesung..sbb nak kejar masa..bila sibuk, nak membaca Al-Quran pun tak sempat..tapi makan nasi sempat je..hehe sama la dengan diriku..ku tak kata orang lain.ku muhasabah diri sendiri..

Kalau kita nak senaraikan kat sini..terlalu banyak kita lupakan Allah..terlalu banyak kita beralasan dengan Allah..kita boleh manage waktu kita untuk buat sesuatu yang kita suka..dan tak boleh kalau tak dapat buat pe yang kita suka buat...tp masa untuk bersama Dia selalu kita pendekkan..cukup buat yang wajib sahaja..yang sunat jarang kita sentuh..membaca Al-Quran pun sekali seminggu..tu pun baca Yaasin malam Jumaat je..huhu

Di mana kita di sisi Allah sebenarnya kan..jika di sisi orang tersayang kita disanjung dan disayang bagai permata..bagai langit..bla bla bla..Jika dengan orang yang tersayang kita sanggup buat apa saja.korbankan apa saja..tapi kita jarang berkorban masa untuk berkhalwat dgn Allah kan..Kita boleh habiskan berjam2 dan kadang2 sehari suntuk window shopping dan menonton wayang tp nak habiskan baca Al-Quran sehelai pun rasa cem lama sgt..

Tak pandai nak blogging sanggup belajar berjam2..Tak pandai muzik, kita sanggup habiskan duit masuk kelas muzik..beli keyboard..beli gitar..tp baca Al-Quran tersangkut2 tak pernah terfikir pun nak perbaiki bacaan..nak belajar tajwid..Orang yang belajar Bahasa Arab dan tajwid pun masih perlu baiki bacaan, inikan pula yang tak tahu langsung..Ku pun selalu kena tegur dari orang yang lebih mengetahui hukum tajwid..

Seriusnya posting kuu..huhu..memang tak seswai utk dibaca taim santai..tp kena tulis gak mana yang patut..kita di sini utk sama mengingatkan..taim wat lawak kita wat lawak..taim serius perlu serius..sebab tujuan asal ku create blog ni sbb nak jadikan blog ni peringatan utk diriku dan orang terdekat dengan ku..Agar perjalanan hidup lebih bermakna..Kerana 'intizhar'(penantian) tanpa berbuat apa2 adalah sesuatu yang sangat rugi..Kita tidak mahu tergolong dalam hamba2 Allah yang berjaya di dunia..di sanjung di dunia..mendapat nama di dunia..di mata manusia..tetapi malangnya kita merupakan orang yang rugi di akhirat..yang dibenci Allah di sana..

Kat dunia ni, kita beriman ke..kita tidak beriman ke..Dia tetap mengasihani dan menyayangi kita..Dia sentiasa limpahkan rezeki yang banyak kepada kita..Kita hanya rasa Allah sayang kita bila kita dapat rezeki melimpah ruah..Kita tak beriman kepada Dia pun Dia bagi gak..betul tak?So, beriman atau tidak..baik atau jahat diri kita..Hanya kita yang tahu..hanya kita yang boleh muhasabah diri kita..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mengubahnya"..

Jom kita berubah..Moga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah

1 comment:

fifa said...

i like! ;) terkadang srius itu perluuu..