Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, January 25, 2009

Kongsi rayaa..eh kongsi2 pe yg patut

Cuti Tahun Baru Cina ni ku tak balik kampung..Pelik rasanya bila cuti lelama cemni ku tak sibuk nak balik kampung..bukan ku macho or tanak balik tau..hehe ekceli mak ada dekaaat je ngan ku skang..dia dtg sini menziarahi pakcik ku yg sakit..so lama sket dia kt sini..dah hampir 2 minggu dah..ku hepi mak datang..dpt dia tgk tempat tinggalku dan tempat keje ku..

Nampaknya dia puas hati ngan suasana tempat ku tinggal skang..lebih selamat dan selesa..so dia tak risau sgt nak biarkan ku sorang kt sini..dunt wori my mami!Tuhan akan sentiasa jaga anakmu ini..insyaAllah..

Berbalik kepada cerita pakcik ku yg sakit tu..sepanjang dua minggu ni ku agak penat sbb terpaksa ulang alik dr kuantan ke muadzam shah..tp ku tak kisah janji dpt tgk dia dan gembirakan hati dia sekurang-kurangnya..tgk dia ku teringatkan arwah ayah..rindu sgt..hatiku byk kali tersentuh..family besar kami lebih akrab sejak pakcik sakit..semua berkumpul..dari jauh dan dekat..yg jarang sekali jumpa pun ada..dan yang ku tak pernah jumpa seumur hidup ku pun ada..percaya tak..ni yg ku nak kongsi ekceli..Hope jadi pengjaran dan iktibar bersama..insyaAllah

Orang yg ku tak pernah jumpa tu adalah anak lelaki pakcikku yg dah lbh 25 thn tak balik..masa dia tinggalkan kampung ku masih kecil lg..dia merantau ke sabah jadi tentera..dia berkahwin dan menetap kt sana tak balik2..yg ku igt sejak ku dh reti pasang telinga (hehehe) ku selalu dgr mak dan sedara2ku sebut pasal dia..dorang selalu bersungut tentang dia..bersungut kerana dia sampai hati tak balik jenguk mak ayah dan adik beradik kt kampung..ku kenal dia melalui gamba dia yg kukuh terlekat kt dinding umah atukku..wajah seorang lelaki yg sgt handsome pd pandanganku..lengkap berpakaian tentera..berkacamata..dan setiap kali mereka menyebut tentang dia..wajah yg ku lihat kt gamba tu la yg slalu muncul lem fikiranku..satu2 gamba yg menjadi pengubat hati penawar rindu kedua orang tua dan kami kaum kerabatnya..

Hari kamis lepas ku call abangku..dia bgtau dia kt muadzam.,ku terkejut kenapa dia pegi situ hari tu..sbb sok jumaat masih lagi ngaja..tak letih ke dia nak balik smula ke temerloh..jawapan yg dia bagi cukup wat jantungku berdegup kencang..abangku bgtau dia dtg hantar abang ***..haa?ku tergagap2..abangku citer pjg lebar..kazenku balik jua akhirnya..setelah sekian lama kami tertunggu..abangku yg kt kl pegi jemput dia kt lcct..dia tak cam abangku tp abangku masih kenal dia..huhu..then abangku antar dia ke terminal bas nek bas ke temerlo..abangku yg kt temerloh amik dia then trus antar ke muadzam jumpa pakcikku..

Ku dapat bayangkan cemana suasana bila keduanya bertemu..huhu..baru dua hari lps pakcik ku menyebut2 nama anaknya itu..huk..mak citer,lepas dpt tgk wajah anak dia,pakcikku trus bersemangat..mntak nak makan itu ini..muka ceria je..rindu selama 25 thn lebih terubat..sekurang-kurangnya kalau dijemput Penciptanya dalam waktu terdekat ni,dia pergi dgn tenang..makcik ku pergi mengadap Ilahi tanpa sempat menatap wajah anak lelakinya..cukuplah..Allah itu Maha Mendengar dan Mengasihani..Dia mendgr rintihan hati seorang yg bernama ayah..dia gerakkan hati seorang anak yg begitu tegar berjauhan dari kedua org tua..nauzubillah..minta Tuhan pelihara hati2 kita dari semua sifat mazmumah..

Dipendekkan cerita, hari jumaat lps sekolah ku bergegas balik umah..tunggu solat zuhur dan bersiap..ku drive pegi muadzam..makin dekat nak smpi umah makin laju jantungku berdegup..cemana la rupa dia skang.first taim nak bersua lak tu..smpi2 dorang ngah makan kt dapur..ku masuk dapur dan mataku trus menatap satu wajah yg cukup asing tersenyum..mcm dah biasa jumpa je..dia trus menyapaku dan agak rancak kami berborak menanya itu dan ini..

Abis la kisah pertemuan kali pertama tu..umur kazenku dh 56 thn..dh pencen pun dia..pe yg ku nak kita amik iktibar ialah tentang betapa keberkatan hidup dan keredhaan org tua adalah yg paling utama mendahului keredhaan Allah..Hidup akan lebih bahagia kalau ibu bapa kita senang dan redha dgn kita..ku bukan nak buka aib org..jaz sekadar mengambil contoh yg paling dekat dgnku..bukti betapa apa yg Allah firmankan kepada kita bukanlah sesuatu yg merupakan 'cakap tak serupa bikin'..Biasanya apa2 yg melibatkan ibu bapa biasanya Allah akan balas terus..

Dia sendiri mengakui bahawa selepas dia pencen..segala perniagaan yg dia buat semua tidak menjadi..semua merugikan..dia ternak kambing pun tak menjadi..dah terdetik sumting dh kt benak ku..tp ku diamkan saja..dan bila ada di antara family pun berpendapat sepertiku..maka bukanku sorang yg pk cemtu..'mana nak ada keberkatan dan keuntungan kalau hidup tanpa restu dan redha mak ayah..cukuplah mak kempunan jumpa anak..biarlah ayah tenang pergi ngadap Ilahi..Moga berkatlah hidup dia lepas ni'

Ku doakan begitu juga..hmm ku insaf..dalam kita rasa kita dh buat yg terbaik utk orang tua kita tp kdg2 kita terlepas pandang atau amik mudah serta beralasan..kalau ikutkan cuti raya cina ni ku ada plan lain..nak jumpa kawan..nak pegi jalan2 ngan kawan..tp ku terpaksa kecewakan hati kawan demi keluarga..bukan mungkir janji tp ku nak bersama dgn mak dulu..sbb ku yakin lepas ni akan ada lebih banyak masa yg Allah akan berikan untuk ku bersama kawan-kawanku..insyaAllah..pasti!

Jika kita susah nak beralasan dengan org lain..dgn kawan2..kenapa kita tegar beralasan dgn family ek..naper senang nak penuhi permintaan kawan2 kita sedangkan dalam masa yg sama kita sanggup bg alasan kaw2 ngan family..hmm satu pertanyaan yg kita semua perlu jawab sendiri..bukan org lain tolong jawab..huhu..lumrah manusia kot.hal org lain lebih kita amik berat dari family..maybe sbb kita tau ada adik beradik kita yg lain leh jaga parents kita..dan memahami yg kita ni ada urusan yang tak penah selesai..sinis memang sinis..tp kebenaran tetap perlu kita suarakan..tho akan ada yg marah atau terluka..kita nak dakwah diri sendiri pun susah dan liat..inikan pula kita nak dakwah org lain..tp sekurang-kurangnya kita sama2 dpt sumting yg bermanfaat dr pe yg ku tulis..

Hidup kita makin lama makin singkat..usia makin lama makin meningkat..rezeki Allah kepada kita makin lama makin berkurangan..sbb hayat kita di dunia makin pendek..betul tak?sbb bila2 masa dia akan jemput kita..mak..ayah..adik-beradik...Andai kita tak punya masa utk mohon maaf utk ke akhir kalinya dari mereka...alangkah ruginya kita..wal'iyaa zubillah..

Wallahua'lam..

No comments: