Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, April 5, 2008

Kiamat sudah dekaat...

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60 yg bermaksud:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya"


Pe kaitan ayat ni dgn tajuk posting ku tu?Semlm kt sekolah ku sempat tgk clip psl filem fitna yg kecoh skang diperkatakan..yg menimbulkan kemarahan semua ummat Islam sedunia..filem pendek tu dimulakan dgn bacaan ayat di atas..tapi yg buat ku terperanjat ajainya bila tgk translation yg cem dh dipesongkan sket maksud dia..as if Allah mmg suh ummat Islam jd ganas..whaaat?maaazaa??

Ku terfikir cemana la kalu ada org yg lemah imannya trus tima bulat2 pe yg ditayangkn tu sbb dh dikaburkn dengan keyakinan bahawa itu ayat Al-Quran..so takkan Al-Quran nk tipu..mslhnya skrang bukan ayat Al-Quran tuuuu..tp maksud ayat tu dh dipesongkan tafsirannya..

Surah Al-Anfal tu kaaan cerita tentang harta rampasan perang..cemana Allah menyuruh ummat Islam sentiasa memperlengkapkan sistem pertahanan dan sentiasa bersedia dgn serangan musuh yg diketahui mahupun musuh dalam selimut..dan harta rampasan perang tu adalah sebagai ganjaran kemenangan...fuiyyyoo pe laa kaitannya 'manusia'yg wat filem tu(insyaAllah sah2 dilaknat Allah tp hope dia dpt petunjuk dr Allah) amik ayat dr surah tuu..tak bijak langsuuung..MaasyaAllah..

Bila fikir balik, diri ni rasa gerun lak..pala ni tetiba teringat psl tanda-tanda kecik akhir zaman..Utk mensahihkannya lagi ku rujuk kt laman2 yg berkaitan..Mmg ada termasuk dan sesuai dikaitkan dgn pe yg berlaku ni..Di akhir zaman -Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"

[Sahih Muslim]


Kita mmg tidak ada kuasa utk menahan segala fitnah ni..tak guna nak naik angin..mengamuk sana sini bila maruah agama dicalit fitnah..kita boleh marah..boleh boikot..boleh guna pe saja yg kita rasa seswai..tp dgn cara yg betul dan bijak..jgn smpi nmpak lagi teruk dah..apa yg pasti,lagi elok rasanya kalu kita perkemaskan diri sndri..buat persediaan selengkap boleh supaya kita lebih bersedia..didik jiwa jaga peribadi agar dipandang tinggi di mataNya..Bukan hanya gah mendabik dada menjadi ummat Nabi Muhammad tetapi satu pun cara hidup baginda kita tak penah pun ikuuut..

Kita leka dgn urusan dunia kan..bila kita sibuk kita leka..Diriku pun cemtu gak..Dahulukan urusan dunia..urusan akhirat letak no 2..Siapkan keje dulu baru tunai solat..kekdg hujung2 waktu baru terkocoh-kocoh nk solat..Tu la jadinya bila urusan dunia kita pandang lg penting..Tu baru bab solat..blum bab lain kan..lekanya kita hambaNya..tp Dia tetap sayang..tetap jaga kita..bg rezeki..bg ruang utk kita bernafas..

Jangan makin hari hati kita makin kering dgn zikrullah..makin lalai dr basahkan bibir dgn bacaan Al-Quran..satu mukasurat sehari pun dh cukup..tulis blog berjela2 sempat jeee..takkan nk baca satu page Al-Quran tak sempat koot..Selagi kita beralasan..selagi kita nmpak urusan lain lebih penting kita tak sedar bahawa mata dan hati kita makin kabur dr mengingati Dia..kita igt Dia bila kita sedih je..bila kita sepi je..bila tadak sapa di sisi kita..bila kita bahagia?Sempat tunai solat tu pun kira ok pee..hehe

Tanya iman di hati..di mana kita sekarang..rasa cukup dgn apa yg kita ada sekarang?rasa bertuah kerana kita dihormati di mata manusia?rasa seronok sbb semua org sayang dan pandang tinggi pd kita?rasa bahagia bila kita disayangi?cukup setakat tu?confirm ke kalo bahagia di dunia di sana pun kita dijamin bahagia?wallahu a'lam..

No comments: