Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, December 21, 2007

Korban..terkorban..pengorbanan

Selamat Hari Raya Korban utk semua..Biasa kita sebut Hari Raya Haji je..lebih familiar..Walaupun sambutannya tak sehangat Hari Raya Puasa, namun hakikat dan hikmahnya cukup besar..Pada hari ni kita hayati nilai sebuah pengorbanan..bukan sekadar berkorban wang ringgit utk menunaikan ibadat korban tetapi segala jenis pengorbanan ada..cemana tuh

Pada istilahnya, hari ni memanglah merupakan hari di mana kita memperingati sejarah pengorbanan seorang ayah iaitu Nabi Ibrahim dan seorang ibu bernama Siti Hajar yang dengan penuh redha dan patuh mengorbankan anak tercinta iaitu Nabi Ismail demi kepatuhan kepada Pencipta Yang Maha Kuasa..

Sebenarnya konsep pengorbanan dalam konteks kita sebagai hamba ni luas..terpulang kepada pemahaman dan niat individu itu sendiri..kenapa perlu berkorban?untuk siapa?dan bila perlunya kita berkorban..

Kalau hari ni kita boleh tengok lembu-lembu dan yg sewaktu dengannya tu berkorban nyawa kena sembelih (hukhukhuk sian ajaikuuu dan sepupu sepapatnya)..Taim2 ni sure dialembu tak senang duduk..Kalo perasan ada yg mengalir airmata b4 kena sembelih..Nak2 bila tengok kengkawan or sepupu sepapat dialembu dah terkorban dulu..Tapi tu lah takdirnya..Dialembu dilahirkan di dunia ni utk dikorbankan..Jadi habuan makanan manusia..Pengorbanan la tu

Pendek citer,bila hari raya korban tiba lembu-lembu banyak terkorban jadi mangsa pengorbanan manusia..ehehehapa ku merapu nih..

Pengorbanan+insan=tidak dapat dipisahkan..seperti diriku dan ajaiku..hatimu hatiku jua..goreng pun sodap!

Ampun!Ni serius ni..Sesama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar..Semoga hidup kita sentiasa di payungi rahmat Ilahi dan mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat..InsyaAllah


Sepupu ajaiku sebelum terkorban..huhu

1 comment:

Anonymous said...

ensem lagi sepupu ajai tuh