Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, November 16, 2007

Tutup buku...

Alhamdulillah..hari ni merupakan hari terakhir utk sesi persekolahan penggal ke-2 untuk tahun ni..sok dah mula cuti sekolah..yeehaaa tapi ku lum bleh balik kampung lagii..uhukhuk takpe takpe..

Dari semalam suasana kt sekolah memang agak sibuk..cikgu2 sibuk mengagihkan buku2 teks utk tahun dpn..perpindahan kelas..yg tahun 1 pindah ke kelas tahun 2 dan seterusnya..masing2 tersengih je sbb hepi dpt duk level 2..hehehe lucu ku tgk muka hepi bebdk tahun 1..guru2 tahun 6 lak sibuk mengucapkan tahniah dan menenangkan anak didik dorang yg baru dpt result UPSR..ada yg menangis gembira dan ada yg sedih dgn natijah yg diperolehi..tp yg pasti dari semalam airmata kami cikgu2 tak kering..kering jap basah balik..ekceli lebih kepada rasa bangga dengan pencapaian sekolah dalam UPSR tahun ni..8 orang dpt 5A..tahun lepas hanya 3 orang yang dpt..wajah gembira guru2 tahun 6 sudah cukup menggambarkan bahawa penat lelah mereka selama ni terbalas dengan kejayaan bebudak tu..ku bangga sgt tho ku tak ngaja tahun 6 tp ku setiausaha peperiksaan..setiap bulan ku bersengkang mata siapkan analisis ujian pra upsr dorang..setiap bulan tu gak la macam perasaan bertandang bila natijah analisis selesai..kekadang ku rasa lega kekadang rasa cem ada rerama lem pewutku bila pencapaian dorang turun naik..

Hari ni semua cikgu tak macho lagi sekali bila pas assembly semua dtg salam n cium tgn..Sesungguhnya ku akui sejak ku jadi cikgu kemachoanku makin lama makin layu..tgk gelagat anak2 murid dah cukup wat kami cikgu2 tersentuh..tengok dorang wat persembahan pun leh bukak pili..masa Hari Penyampaian Hadiah aritu pun ramai yg tak tahan macho bila budak dr kelas pendidikan khas wat perfomance..nyanyi lagu wajah lak tu..cikgu2 lelaki jadi tukang hulur tisu kt cikgu2 perempuan..yg dah jadi mak tu lagi la sensitif..merah mata masing2 tahan sendu..

Pe2 pun,amanah dan tanggungjawabku utk tahun ni dah selesai..buku rancangan mengajar pun dah diserahkan pada yg berwajib..keja last ku utk sekolah pun dah ku submit semalam ke pejabat..Ku tak tahu whether tahun dpn ku masih berpeluang mencurah sedikit khidmat ku di bumi bertuah ni ataupun khidmat ku diperlukan di tempat lain..

Wallahua'lam...

No comments: