Sahabat yang sejati..
akan menunggu dan menanti
resah dan rindu silih berganti
Sahabat yang sejati..
akan selalu menasihati
mengasah hati
menghantar salam menerima salam
memaafkan kesalahan
Sahabat sejati..
akan selalu mengingati
air mata selalu mengiringi
senyum tika kau mengunjungi
akan menitis lagi
tika memerhati kau telah pergi lagi
Sahabat sejati..
tetap menanti
kerana hati yang telah disatukan Ilahi
dalam ukhwahNya yang suci
dan abadi hingga akhir hayat nanti..
**Emm tehtarik eh tertarik bila baca nukilan ni..hmmm sesungguhnya bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yg benar2 sejati..kawan dan teman memang mudah dicari..mudah didampingi..Namun, dalam 10 orang kawan belum tentu lagi kita akan ketemu seorang sahabat..So, hargailah sahabat anda..doa yg terbaik untuk dia..kerana doa seorang sahabat utk sahabatnya mudah dimakbulkan Tuhan..
1 comment:
sahabat sejati akan selalu di hati walaupun tidak bersama lagi kerana telah tiba suatu hari yang ditakdirkan Ilahi doa mengiringi sampai ke akhir nanti walau ranjau berduri tetap teguh di hati =)
Post a Comment