Peperiksaan SPM 2010 Akan Bermula 23 NovemberKUALA LUMPUR: Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diadakan mulai 23 November ini dan bukannya pada 22 November sebagaimana yang diumum sebelum ini, berikutan cuti umum di Johor.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sudah memaklumkan mengenai tarikh baru peperiksaan SPM itu kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui surat siaran bertarikh 7 Mei lepas.
Pindaan tarikh itu juga dimuat turun di laman sesawang LPM pada minggu pertama bulan Jun lepas, sementara jadual waktu peperiksaan SPM yang baru sudahpun dicetak dan dihantar ke semua Jabatan Pelajaran negeri untuk diedarkan ke semua sekolah menengah pada 23 Julai lepas, katanya.
Kementerian itu berkata pemindaan tarikh peperiksaan itu dibuat berikutan langkah kerajaan Johor mewartakan 22 November sebagai cuti umum negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Dengan itu peperiksaan SPM tahun ini akan bermula dari 23 November dan berakhir pada 20 Disember 2010, katanya. - BERNAMA
----------------------------------------------
Tak lama lagi dah..kejap je masa berlalu sekarang ni..minggu lepas UPSR..minggu depan PMR dan bakal menyusul SPM plak..
Anyway, all the best utk semua pelajar yg bakal menduduki peperiksaan..Study smart..Berusaha, jaga solat, berdoa dan bertawakkal..InsyaAllah kejayaan pasti datang ke sisi anda..
Bila Hati Berbicara..Tangan Melagukan Rentak Seiring..Melahirkan Irama Yang Mewarnai Hidup Ini..
Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!
My Life's Journey
Thursday, September 30, 2010
TARIKH PEPERIKSAAN SPM 2010...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
zila spm cancidate :)
doakan yer
ye ke?akak doakan zila berjaya!caiyyok2..=)
Post a Comment