Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, March 22, 2011

DHUHA..(Part 2)

Salam 'alaikum..Semoga pagi ini merupakan permulaan pagi yang penuh dengan keberkatan dan limpahan rahmat dariNya..

Sebelum ni Kalamhati share lagu Dhuha..Dan hari ni nak share doa yang disarankan selepas kita mengerjakan solat sunat Dhuha..Waktu yang sesuai untuk tunaikan solat sunat Dhuha adalah dalam setengah jam selepas terbit matahari dan berakhir sebelum waktu Zuhur (ayat mudahnya antara pukul 7 pagi hingga 1 tengahari)..Ada juga kitab-kitab yang mengatakan waktu sesuai antara jam 10 pagi hinggal 1 tengahari..

Nak tahu macamana lafaz niat solat Dhuha, google aje..huhu banyak panduan-panduan..Nak baca surah apa?Bacalah apa saja surah yang diingati. Biasanya pada rakaat pertama bacalah ayat Kursi..pada rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas..


Dan ini antara doa yang disarankan:


“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”


Wallahu a'lam...

3 comments:

eelobor said...

perkongsian bermanfaat

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Cikgu Wan, pe kabor? Semoga sihat. Tima kasih bagi doa tu...InsyaAllah akan dimanfaatkan.

Kalamhati said...

>>eelobor:
sama2 kita cuba amalkan mana yg termampu..


>>Kak Halima:
Waaikumussalam kak halima..awok ni sihat2 je..harap akak sihat gak..dah kembali ke Malaysia ye..=)