Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 20, 2010

Tumbuk Teman Wanita Kerana Cemburu

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam Selasa.
Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi Rabu sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha berkata sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itudengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.
"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam.
"Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ. "Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahanyang dipercayai berpunca daripada cemburu. "Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ," katanya kepada pemberita. - BERNAMA


Sumber: mStar Online


---------------------------


Aloh bukan lawan awak orang perempuan tu wahai lelaki..Buat malu je..dah la kat tempat awam..huhu bebawak bersabo



9 comments:

Nur Azila Ismail said...

cemburu buta :)

Kalamhati said...

huhu..

ckynwan said...

adeh. cemburu punya pasal pon jadik cmni kah

Afiq Bukhari said...

adoila..ape kes cemburu2 smpai naik tgn ke muka? mental disorder nih~

Blog Afiq Bukhari

Kalamhati said...

>>>cKyNWaN: tu la..tak pasal memakan diri


>>>Afiq: memang pun..bila amarah menguasai diri..akal hilang entah ke mana

eiela said...

nih kes cemburu tak tentu pasal memang camtulah jadinya,,saya sendiri pernah tengok pakwe sepak terajang GF kat stesen bas,,menangis2, org ramai pandang je,,mana nk letak muka ntah.

Lydia Miza said...

lum kawen tangan dah berani naik?hahaha..good bye darling...huhhh

Kalamhati said...

>>>eiela: huhu sifat malu dah takde dah bila syaitan menguasai diri..depan org pun bleh wa gitu kan..


>>>Miza: kalau buat suami lg org jenis macam ni taktau la..tak payah la...cari org yg sayang kt kita..bukan yg berani naik tgn dan kaki cemtu..huhu

Solihin Zubir said...

alahai... cemburu smpai snggup menumbuk? adeyhh....