Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, January 16, 2011

CHEAT DAY??..AHAAA BERITA BAIK UNTUK YANG BERDIET


Memang tidak dinafikan, budaya kita di Malaysia memang susah nak lepas dari jemputan-jemputan ke majlis yang menghidangkan pelbagai makanan yang meyelerakan. Tidak kira samada musim perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali) ataupun musim perkahwinan (tak henti-henti sepanjang tahun!!!) kita tak boleh lepas dari jemputan-jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga.
Dilema kita di sini, ketika di gym, trainer menasihatkan kita untuk menjaga makan sebagai pelengkap untuk senaman kita, tapi sebagai seorang yang berhati mulia kita tak boleh menolak jemputan dari kawan-kawan dan ahli keluarga kita.
Jadi macam mana kita nak berhadapan dengan situasi ini?

Pertama sekali kita perlu memahami, jika kita mempunyai target untuk mendapat bentuk badan yang kita idamkan, kita mesti mempunyai disiplin yang kuat untuk mematuhi program diet dan senaman yang telah ditentukan.
Kedua kita juga perlu memahami, dalam usaha kita mencapai target tersebut, kita perlulah berasaseronok dan bersemangat untuk melakukannya. Jika kita terlalu menahan diri, kita akan mudah berputus asa. Malahan biasanya orang yang berputus asa dalam usaha mereka akan mengalami penambahan berat badan dengan lebih cepat dari biasa.
Jadi berita baik disini ialah anda boleh 'menipu' atau memberikan sehari dalam seminggu (cheat day) untuk menikmati makanan kegemaran anda. Terdapat artikel di Bodybuilding.com (http://www.bodybuilding.com/fun/fawnia3.htm) dan beberapa artikel di journal fitness yang menerangkan konsep ini dengan lebih jelas lagi.
Antara kebaikan 'cheat day' ialah:
1) Membantu mengawal rasa keinginan terhadap makanan kegemaran anda.
2) Mengurangkan tekanan terhadap program diet yang sedang anda ikuti.
3) Lebih praktikal untuk jangkamasa panjang. (Bolehkah anda tinggalkan nasi lemak untuk selama-lamanya?)
4) Jika mengikut teknik yang betul boleh membantu meningkatkan metabolisma anda.
(Diet yang rendah lemak dan kalori akan memperlahankan metabolisma dalam jangkamasa panjang. Sekiranya anda mengambil kalori yang tinggi ketika 'cheat day', badan anda perlu bekerja lebih untuk membakar makanan tersebut, maka boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga hari-hari berikutnya)
5) Meningkatkan tenaga anda. (Diet yang strict boleh menjadikan badan anda letih dan lesu).
6) Sekiranya anda seorang yang kurus berazam untuk menambah berat badan, dan mula makan ayam dan telur setiap hari....anda mungkin akan mengalami masalah hilang selera makan. 'Cheat day' adalah cara yang baik untuk anda meningkatkan kembali selera makan anda.
7) Secara psikologinya akan menjadikan anda lebih rajin untuk kembali bersenam dihari berikutnya.
8) Dan yang utama sekali anda boleh berseronok macam orang lain yang tidak mengikuti program diet!!!!
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda ikuti untuk mengamalkan 'cheat day' didalam program diet anda.
1) Lakukan senaman yang berintensiti tinggi sebelum anda menyerang mana-mana majlis kenduri.
Selepas anda bersenam dengan kuat, anda akan kekurangan glikogen, gula dan lemak didalam aliran darah anda. Jika anda makan besar selepas bersenam dengan gigih, kalori berlebihan dari nasi minyak dan rendang tok (sebagai contoh), akan terus digunakan oleh otot anda untuk tujuan membaik pulih dan pembesaran. Kadar insulin juga akan meningkat ketika ini, namun memainkan peranan untuk memberi makanan kepada otot anda bukan untuk pengumpulan lemak. Jadi jika anda makan dikenduri selepas senaman, peluang untuk anda mengumpul lemak adalah rendah.
2) Elakkan makan besar dekat dengan waktu tidur.
3) Cuba tumpukan makan besar anda kepada satu waktu makan sahaja (contohnya makan pagi atau tengahari)
4) Dan yang paling penting sekali pastikan anda kembali kepada program diet dan senaman anda pada hari yang berikutnya!!!
Jadi kesimpulannya disini, walaupun anda sedang mengikuti program diet dan senaman, anda tidak semestinya perlu menahan diri anda terus dari menikmati makanan kegemaran anda ataupun menghadiri majlis kenduri atau rumah terbuka. Jadi cadangan saya, jika anda bercadang untuk menghadiri majlis kenduri hujung minggu ini pastikan pada pagi tersebut anda berada digym untuk bersenam dengan gigih sekali!

----------------------------------------------
Apa lagi!Pilihlah 'cheat day' anda..hehe rasanya weekend sesuai kot untuk jadi 'hari cilok' berdiet..Kita makan sepuasnya apa yang ingin dimakan..Tapi jangan ler melampau-lampau lak..hihi..Bersemangat bila baca tips dari pakar ni..Terus ku kongsikan di sini sebab ku tahu ramai yang nak berdietkan? Tapi masih belum dapat mendisiplinkan diri..Boleh la ikut saranan2 ni ye..Gud Luck!


12 comments:

Unknown said...

kadang-kadang kita nak start diet.. tapi,makanan Malaysia ni mengganggu kita..semua sedap,tapi banyak klesterol dan lemak..erm..

azieazah said...

Memang betullah. Cheat Day saya adalah pada hari minggu, sbb saya masak utk keluarga, lebih skit dari hari2 biasa. So makan pun agak sakan.

Jika di tempat kerja kurang makan, tapi tidak ler juga kurus pun. Cuma maintain tak naik2, pun dah syukur laa..

Terimakasih berkongsi info.

Unknown said...

Macam² dah try.. tapi tak kurus jugak. Keciwa T.T

norgee said...

baru je lepas tibai chocolate cadbury 2..3 kerat..huhu...camne nak diet ni?

whitecappuccino said...

Ini lah masalah negaraku sebenarnya :)

Unknown said...

em..yong time skit mulut je diet..hehe tp slalu sakit mulut.kira diet la tu
hehehe

eelobor said...

menghadiri jemputan takpe, cuma janganlah melahap tahap gaban macam tak makan seminggu kut... hihihi

Rina Rossoneri said...

kalau kenduri kawin tu xpe,tapi bila masa hari raya,rumah terbuka,mesti tuan rumah paksa makan banyak2.. asyik2 tanya 'aik,cepatnya habis makan,tambahlah lagi'..kang x tambah kecik hati hehe

Kalamhati said...

>>Wan:
betul tu..dulu masa akak study..foreigner students cakap orang Malaysia makan 'buruk'..semua makan..hehe tapikan lama2 deme pun dua kali lima je..hihi

>>Azieazah:
Betul kak azie..sy pun cuba kurangkan makan pd weekdays..dan weekend adalah masa utk makan lebih sikit..

Kalamhati said...

>>wawan:
samalah kita..huhu


>>gee:
hihihi stay away from makanan2 lepas pukul 8..
tp i pun kadang2 makan gak mlm2...hik

Kalamhati said...

>>WC:
masalah negaraku yg majmuk..ada roti canai..ada nasi lemak..dua2 tu dah cukup buat kalori kita melambung naik

>>Yong:
hihihi ok gak la bleh cuti makan bila sakit mulut..akak ni mulut sihat sokmo

Kalamhati said...

>>eelobor:
hehe jangan rambang mata..semua nak di ngap..ye dok..kena tahan nafsu

>>rossoneri:
hihi alasan 'nnt tuan umah kecik ati' tu la yg wat kita makin rancak makan..=p