Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, December 17, 2010

SEGMEN: Dulu Aku Nakal!


Kalamhati teringin nak join gak!hehe rasanya takde la nakal sangat sebab jenis yang innocent je..haha

1. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun
Sek. Keb. Kampung Laut (tahun 1983-1988) dan sekolah menengah di SMU(A) Tumpat, Kelantan (tahun 1989-1994)

2. Aktiviti ko kurikulum yang Kalamhati ceburi
Masa sekolah rendah masuk Puteri Islam (sofan je tau..hihi). Kat sekolah menengah lagi la kena sofan sebab sekolah agama. Kalamhati join Kelab Kerjaya dan Maklumat dan Persatuan Bahasa Inggeris. 

3. Jawatan yang di sandang dulu
Masa sekolah rendah jadi Penolong Ketua Pengawas..Sekolah menengah pun sandang jawatan yang sama (tapi nakal la jugak..hihi)

4. Nama guru kesayangan Kalamhati
Kat sekolah rendah Kalamhati suka Cikgu Wan Fadhilah sebab dia baik sangat. Kat sekolah menengah Kalamhati suka Cikgu Jack (Zailani)..Dia ngaja Matematik. Best sangat tapi Kalamhati tak pandai2 gak Maths..Hahaha setiap hari kena sekeh pala ngan dia sebab tak reti nak jawab. Maka kerja Kalamhati ialah meniru kawan2..Tapi dia tahu Kalamhati meniru..hehe


5. Subjek paling disukai dan tak suka
Paling suka Bahasa Melayu dan bila naik sekolah menengah tambah lagi subjek yang disukai iaitu Sains dan Bahasa Arab. Yang tak suka pula of course MATEMATIK!hihihi

6. Kawan baik masa sekolah
Masa sekolah rendah kawan baik Kalamhati nama dia Farid, Munirah, Abu, blablabla... Masa sekolah menengah nama dia  Liza, Che Mohs, Lis, Jah (of course bukan kawan lelaki sebab sekolah agama perempuan semua lak tu dalam kelas..hehe)

7. Cita cita masa sekolah dulu
Masa sekolah rendah cita-cita nak jadi ahli sukan..harharhar..Pahtu ayah bersungguh-sungguh nak hantar ke sekolah agama. Makanya jadi baiklah sikit sebab sekolah agama tak boleh melompat sesukati hati dah..hehe so cita-cita tu sentiasa bertukar kejap2 nak jadi Pensyarah, kejap-kejap nak jadi Lawyer, kejap-kejap nak jadi pramugari (errkk ni gurau je!). Tapi nak jadi Lawyer siyes!

8. Artis feveret masa sekolah dulu
Wakekeke gelak dulu before jawab.. Kalau nak tau i ni peminat setia Fauziah Latif. Semua album dia Kalamhati ada tau. Tak caya? Nanti Kalamhati tunjuk..

9.Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
Masa sekolah rendah yang paling tak dapat lupa bila Kalamhati kena rotan dengan Guru Besar kat perhimpunan sekolah. Rotan kat tangan 2 kali sebab parents tak hadir waktu Majlis Penyampaian Hadiah dan mesyuarat Agung PIBG. huhu ayah tak sihat dan mak terpaksa keluar cari rezeki. Makanya, Kalamhati rela dirotan. Malu memang malu sebab Penolong Ketua Pengawas masa tu beb!uhuk

10. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin Kalamhati lakukan
Jika dapat, Kalamhati nak belajar Matematik semula kasi terror. hehe..Dan nak rotan Guru Besar tu balik..errr tak2. Taknak ingat lagi kenangan pahit tu..


11. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
Nak kata nakal sangat tu tidaklah. Tapi masa kat sekolah rendah, Kalamhati ni agak tomboy sket, selalu pakai seluar pendek je..hehe. Yang paling tak dapat lupa Kalamhati pernah ikut member lelaki panjat pagar sekolah. huhu. Pastu kalau dalam kelas, suka main gusti lengan sampai gaduh2 dengan member sebelah. sebab dalam kelas duduk dengan kawan lelaki. Bila gaduh, dua2 kena sekeh kepala ngan cikgu..haha
Sekolah menengah takde kot. Paling-paling nakal pun cuma suka panjat dinding asrama ngintai hantu!haha hantu tengah tarik air longkang pakai penyodok longkang..hantu betul!sampai patah katil asrama..huhu

Rasanya tu saja yang boleh dikongsi. Memang kenangan sungguh. Yang mendewasakan dan mematangkan diri ini. Dan paling bersyukur kerana arwah ayah hantar Kalamhati ke sekolah agama. Alhamdulillah..


21 comments:

apezs shah said...

skodeng hantu ke? hantu laki tu hehe...:p mak aih ganas betol kalamhati ni.. sama cita-cita kita..
tp saya dah xkan tercapai..;)

zaMir said...

nakal sungguah anda...hehehhe..

Kalamhati said...

>>apezs:
haha hantu siam!
huhu sama la kita..takkan tercapai dah..Kalamhati dah terjun ke bidang perguruan

>>zaMir:
hehe nakal tapi baik!=p

Peri PiA said...

tomboy hehe

Kalamhati said...

>>Peri PiA:
hehe tu dulu..skang sofan de santun dah..hik

rossoneri said...

hahahahahah nakal jugak akak nih ehh.. hahaha..hohoho samalah kita xsuka math...fizik,kimia,math,add math,selalu amek buku kawan, tiruuuuuu

Kalamhati said...

>>rossoneri:
hihi nakal takat tu je la..bila kat umah skema sbb ayah tegas..
haha akak ni kalau subjek Math kan lagi diajar lagi tak pandai kot..hihi cikgu kenal sangat..condong kepada seni dan bahasa akak ni..

eelobor said...

minat tul dia masuk segmen ben yer. hahaha, tp ok gak sebab buleh kenal kakchik. ore kampung laut satu, dua,tiga?

sarah-najwan said...

go cikgu go...citer zmn skol yer...hehe..jika tgk anak2 didik kita mmg teringat zmn kita skol dulu..

**tapi akak budak baik..wahahahaaa...

Kalamhati said...

>>eelobor:
hihihi taktau la bakpo giler ko segmen Ben ni..
Ambo ore Kampung Laut 1..rajin maghi ko?


>>ummi sarah-najwan:
betul tu kak..tapi kita dulu rasanya hormat kat cikgu tu sgt tinggi..takut kalu tengok cikgu..
nakal tu diri sendiri jah..hehe

Bila naik sekolah menengah memang berubah perangai..hehe

hehe innocent la ni ye..

alinac lover said...

hehehe

nakal jugak ek

Kalamhati said...

hehehe nakal la jugak..

Puteripisces said...

amboii nakalnye dia...ahakss

yup bersyukur sgt ayah antar masuk skolah agama...dlm adik beradik kami berdua je yg skolah agama...nampak sgt kami ni LAIN DARIPADA BIASA!!!!hahahaha

Kalamhati said...

>>Puteripisces:
kihkihkih terbaekk dari ladang!ahak

cikgu isza said...

saya pun nakal sampaikan bila berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar saya dulu..
dia tanya.. kerja apa?
cikgu..
haa.. rasalah nanti nak didik budak nakal macam kamu dulu..
:)

Rozuan Ismail said...

salam perkenalan..saya rozuan

rabiatul said...

Asal kelantan ek ?? Salam perkenalan :)

Mr.Ix said...

terserlah kenakalan itu...hehhehe

salam blogwalking sini....

norh said...

salam perkenalan :)

Syafiq Rosli said...

wow..pengawas..hehe

Siti Noraisyah said...

singgah dr segmen BA, nak tgk sape paling nakal.. ^^