Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

MENDIDIK MENGIKUT TEKNIK NABI MUHAMMAD S.A.W

Salam 'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ni nak kongsi info untuk cikgu-cikgu pulak..hehe maklumlah i ni kan cikgi, so bias pada bidang tugas keguruan ler..hihi

Cakap pasal dunia mendidik anak2 murid ni, toksah kata takde cikgu yang tension dan meroyan bila anak didik yang diajar tak dapat menguasai ataupun takde semangat nak belajar. Ditambah pulak dengan kerenah yang beraneka warna dan perisa itu..hehe dengan yang tak bawak buku, yang takde alat tulis, buku hilang, tidur dalam kelas dan sebagainya.

Alkisah, hari Jumaat lepas kat sekolah KH ada Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Bersama Guru Tahun 6. So sebagai salah seorang guru Tahun 6 walaupun tak mengajar subjek UPSR kena hadir juga untuk diperkenalkan kepada ibu bapa. Senang kalau KH lempang anak sesapa dorang kenal dah dan nak cari pun senang..hehe mintak mahap diriku ini tidak pernah sentuh pipi anak2 murid walau sekalipun. Tarik rambut tepi telinga sampai tercabut beberapa helai tu biasa dah..hahaha ooppss

Masa sesi soal jawab, ada sorang ibu kepada murid keluar. Dia juga seorang guru dan memang kami guru2 kenal dia. Ingatkan dia nak ajukan pertanyaan, rupanya dia nak kongsikan pengalaman dia jadi cikgu. Macamana dia tension setiap kali masuk ke kelas. Kelas yang diajar pulak biasanya kelas terakhir dan kedua terakhir. Memang masak la!

Sampai pernah satu masa blood pressure dia naik mendadak sampai 190 you! Siap masuk hospital lagi dan doktor sahkan dia memang kena hyper-tension. Yelah masuk kelas asik hot temper je. Yang tidur dalam kelas, yang tak bawak buku dan yang melawan cakap cikgu.

Dan alhamdulillah, dia bersyukur sebab Allah temukan dia dengan beberapa buah blog pendidik yang memang mengubah diri dia 360 darjah. Dia lebih seronok mengajar sekarang ni setelah applykan teknik2 mendidik cara mengikut sunnah. Dan teknik2 ni juga dia apply dalam mendidik anak2 di rumah.

So KH nak panjangkan info yang sangat berguna ni. Menyampaikan ilmu itu adalah dituntut oleh Rasulullah kan. Nak2 lagi ilmu yang memang menjadi sunnah Baginda. Yang Baginda apply bila berurusan dan berhubungan dengan para sahabat.

Korang boleh jenguk ke blog-blog ni

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

http://ustazah-engineer.blogspot.com/

http://khairulaniza.blogspot.com/


Harap dapat membantu kita untuk mendidik dengan lebih baik. KH dah jelajah blog-blog ni. Dan banyak kali jugak la berjuraian airmata terharu perkongsian pengalaman mereka tentang anak-anak murid yang dah berubah. Rasa semangat pulak nak mengajar.

Garang dan tengking bukan cara terbaik mendidik kerana Nabi Muhammad sentiasa guna cara yang berhemah dan berhikmah bila mengajar atau menegur kesalahan sahabat-sahabat.

Wallahu a'lam

Saturday, August 21, 2010

Cicak tokek?

Cicak tokek mampu jadi penawar penyakit HIV/AIDS?


DUA ekor cicak tokek kepunyaan Mohamad Fauzi di Bukit Setongkol, Kuantan.


KUANTAN 7 Ogos - Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.

Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.

"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.


Sumber: Arkib Utusan Malaysia (8 Ogos 2010)

------------------------------------------
Banyak kali dah dengar member2 bercerita tentang si tokek ni..Dorang cakap memang ramai orang tengah giat mencari si tokek bertuan ni kerana harganya sangat tinggi di pasaran..bleh mencecah puluhan ribu ringgit seekor..huik!andai betul bagai dikata bahawa si tokek ini boleh mengubati penyakit yg tiada ubat tu..Satu penemuan yg baik!

Dalam-dalam tu mencari info tentang si tokek ni, ku tetiba terfikir sesuatu..teringat sejarah Nabi dulu2..Si cicak ni lah yang meniup-niup api yang membakar Nabi Ibrahim A.S supaya bertambah marak..Dan si cicak ni kan memang kita digalakkan membunuhnya sebab dia mengganggu kita dan dipanggil binatang jahat atau Fuwaisiq pada zaman Nabi..Dan dia merupakan binatang yg kotor..Jadi terfikir plak apa hukumnya kalu kita jual or jadikan binatang ni sebagai ubat?Halal ke haram?

Begini keterangannya:

HUKUM TOKEK

Tokek dalam bahasa Arab disebut dengan kata Saamm Abrash. Nama ilmiahnya Gecko gekko. Binatang ini masih satu famili dengan cicak (Arab : al-wazagh), yaitu famili Geckonidae. Nama ilmiah cicak Cosymbotus platyurus.


Tokek hukumnya haram, karena terdapat nash-nash yang memerintahkan membunuhnya. Adanya perintah membunuh suatu binatang adalah dalil haramnya binatang itu. Sebab membunuh binatang tanpa menyembelihnya akan membuat binatang itu menjadi bangkai (al-maitah). Padahal bangkai hukumnya haram (Lihat QS Al-Maidah : 3).


Imam Syaukani telah membuat bab khusus dalam kitabnya Nailul Authar dengan judul Bab Mengenai Binatang Yang Pengharamannya Dipahami dari Perintah Membunuhnya atau Larangan Membunuhnya (Bab Maa Ustufiida Tahriimuhu min Al-Amri bi-Qatlihi aw An-Nahyi ‘an Qatlihi). (Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/484).


Dalam bab itu ada beberapa hadis, antara lain riwayat Saad bin Abi Waqqash RA bahwa Nabi SAW telah memerintahkan untuk membunuh cicak dan Nabi SAW menamainya fusaiq (binatang kecil yang fasik/tidak taat).” (HR Ahmad dan Muslim).


Dalil hadis ini menunjukkan adanya perintah syara’ untuk membunuh cicak. Perintah syara’ untuk membunuh cicak adalah dalil bahwa cicak itu hukumnya haram.


Namun pengharaman di atas tak hanya untuk cicak, namun juga meliputi tokek. Para ulama menganggap tokek dan cicak masih satu jenis, sehingga hukum tokek sama dengan hukum cicak, yaitu haram. Imam Nawawi berkata,”Menurut ahli bahasa Arab, cicak (al-wazagh) masih satu jenis dengan tokek (saam abrash), karena tokek adalah cicak besar.” (Imam Nawawi, Syarah Muslim, Juz 7/406). Pengarang kitab Aunul Ma’bud menerangkan bahwa, “Cicak itu ialah binatang yang dapat disebut juga tokek.” (Aunul Ma’bud, Juz 11/294). Imam Syaukani berkata,”Tokek adalah salah satu jenis cicak dan merupakan cicak besar.” (Imam Syaukani, Nailul Authar, Juz 12/487).


Berdasarkan penjelasan di atas, hukum haramnya cicak dapat juga diterapkan pada tokek, karena cicak dan tokek dianggap satu jenis. Maka tokek pun hukumnya haram. (Imam Syihabuddin Asy-Syafii, At-Tibyan limaa Yuhallal wa Yuharram min al-Hayaman, hal. 116; Imam Nawawi, Raudhah Ath-Thalibin, Juz I/389; Tuhfatul Muhtaj fi Syarh Al-Minhaj, Juz 41/240; Mughniy Al-Muhtaj, Juz 18/194).


Dan jika suatu binatang haram dimakan, maka menjual-belikannya haram juga. Hal ini sesuai kaidah fiqih : “Kullu maa hurrima ‘ala al-’ibaad fa-bai’uhu haram.” “Segala sesuatu yang sudah diharamkan atas hamba, menjual-belikannya haram juga.” (Imam Taqiyuddin an-Nabhani, Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, Juz 2/288).

Akan tetapi jika tokek itu akan dijadikan obat, maka menjualbelikannya boleh dan tidak mengapa. Sebab berobat dengan sesuatu yang haram hukumnya makruh, tidak haram. Nabi SAW pernah mengizinkan Abdurrahman bin Auf RA dan Zubair bin Al-Awwam RA untuk berobat dengan sesuatu yang haram, yaitu mengenakan sutera karena mereka terkena penyakit gatal-gatal (HR Ahmad, no. 13178). Padahal sutera haram dipakai oleh kaum laki-laki. (HR Abu Dawud no 3535, An-Nasa`i no 5053, Ibnu Majah no 3585, Ahmad no 891).


Berdasarkan kaidah fiqih di atas dapat ditarik pemahaman sebaliknya bahwa kalau sesuatu itu tidak diharamkan, maka menjual belikannya juga tidak diharamkan. Jadi, menjual belikan tokek untuk kepentingan pengobatan itu boleh dan tidak mengapa. Wallahu a’lam.

Sumber: Darulhuffadh

Nak Edit Gambar Tapi Malas Download Application?

Sonang jo penyelesaiannyo..banyak online photo editor yang korang bleh cubo..Kalu setakar nak edit yang basic la..Nak crop ko..nak adjust saturation, shadow or etc..Nak wat watermark..Cuba click je kat bawah ni..Tho tak se'superb' photoshop tp bleh lawan ngan Picasa la..hehe..Ilmu yang berguna elok dipanjang-panjangkan..dikongsi bersama..ye dak?

1. Pixenate (ku biasa guna yg ni selain Picasa)






3. Pixlr (cem best gak)




4. LunaPic (yang ni ada forumner photography yang perkenalkan..tp tak penah cuba)


(ado gak gambo2 tak patut tu kt tepi..tolong abaikan ye)

Jadi leh kurang kan space lem hardisk korang yg bleh harm laptop or pc korang kan...Bagi yg memang menggunakan editor ni setiap hari cem photographer mmg la dorang perlukan editor perlu di downloadkan such as Photoshop or Aperture ke pe...

Bagiku yg buta bab2 editing ni..yg online ni pun dah nmpak cun abis..hehe..yang baru nak berjinak2 mengedit gambo bleh taram editor online ni cukup2 biar teror..=)

Selamat mencuba!

Friday, August 20, 2010

Tahukah anda?..


Sebenarnya dah lama nak share info pasal azan ni..tp terlupa..Alhamdulillah tadi sesambil menghabiskan juadah berbuka..Astro oasis menayangkan fakta tentang azan ni...Lalu terus ku google fakta-fakta yang sesuai dari blog2 insan yang lebih arif tentang ni..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.


Subhanallah..Maha Agung kekuasaan Allah..Sesungguhnya bumi kita ini sentiasa berada dalam keberkatan..

Monday, August 16, 2010

Yang kita selalu buat..tp tak tahu maksudnya..

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kitasedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohonsesuatu....pikir2kan lah....


**Syukran jazilan sahabat saya Ustz Wan Khairi Al-Hafiz atas pesanan berguna ni..

-----------------------------

Maha Suci Allah..hmm ada betulnya..kadang2 bacaan dalam solat tu kita tak tau pun apa maknanya..Baca kerana itu yg perlu dibaca...yg kita belajar dari kecik smpi ke besar..Sekali-sekala apa salahnya kita cuba belek2 kembali panduan solat atau google aje mana2 info dan panduan tentang solat..Hayati maksud bacaan2 dalam solat..insyaAlah solat kita akan lebih khusyuk..akan terasa betapa kerdilnya kita di depan Allah Ta'ala..insyaAllah sama2 kita revise balik perlakuan dan bacaan solat kita..