Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, February 13, 2012

Daun Tembaga Suasa..

Kenal tak dengan pokok tembaga suasa? Rasanya kalau sebut nama cemtu je mesti ramai yang cakap tak tahu kan..huhu sama macam KH gak. Bila cikgu kat sekolah suruh KH cari daun tembaga suasa untuk letak kat kaki yang seliuh tu, ternganga lak jugak mulut ni.

Macam tak boleh bayangkan cemana rupa dia. Then, mujur ada sorang cikgu bagitau kat rumah dia ada pokok tu. Dia tanam sebab dia pernah terseliuh sebelum ni.

Kalau korang tengok gambar pokok ni mesti ramai yang kenal kan?ke KH je yang tak kenal?hehehe


(pic credit to: fazlisyam.com)


(sumber: Opah Ju)

Mesti kenal kan bila tengok gambar ni? Alaa ingat tak?Masa kecik2 dulu korang amik bunga dia tu buat main lawan2..Bunga dia yang macam jarum tu warna kuning. Bunga sapa yang gugur dia kalah..hehe penah tak main?

Rupanya nilah daun tembaga suasa atau ada yang panggil bakong ni. Nama saintifik dia Crinum Asiaticum. Memang kenal sangat la kan..

Dan cikgu tu memang menepati janji dia. Sampai je kat sekolah pagi tadi, cikgu tu panggil dan bagi beberapa helai daun tembaga suasa tu. Huhu terharu sungguh diri ini. Memang dorang amik berat sangat. Macam satu keluarga kitorang kat sekolah tu. Tak rasa macam kita ni sendirian.

Daun ni berkhasiat untuk sembuhkan terseliuh atau bengkak. Caranya mudah je, tumbuk daun tembaga suasa ni dan letak kat tempat terseliuh atau bengkak tu dan sebaik-baiknya jadikan daunnya juga sebagai pembalut. Kalau taknak bagi daun dia pecah, layur atau salai atas api sekejap.

Cara lain yang cikgu sekolah tu ajar, sapu apa2 minyak kat daun tu (minya gamat atau minyak urut yang sesuai) kemudian salai daun tu sekejap dan letak kat tempat bengkak.

KH lilit daun tu kat kaki then balut dengan bandage. Mula-mula letak rasa macam daun tu menyedut-nyedut sakit tu. Macam dia mengurut2 tempat sakit tu. Hope mujarab dengan izin Allah.

Nak duduk solat masih sakit dan kalau jalan laju2 memang rasa kebas sangat lagi..huhu


24 comments:

نورعيم said...

itukah? selalu tgk tp tak tahu namanya. hihi.

dalisha said...

bila dgr nama memang confirm tak tahu tp bila tgk rupanya baru kenal :)

Unknown said...

pernah tgklah bunganya

Syazwan Che Deraman said...

Ooo..
bagus daun ni cikgu.
penah nampak, tapi tak berapa nak kenal.

eelobor said...

lepas lebih 30 tahun baru nama sebenar pokok nih.... hahahaha

Mat Gebu said...

Salam KH, rumah pcm ada pokok ni, hmm tu lah sama sakit gak kaki ni, solat pun duduk atas kerusi..huhu..sebab nak duduk bawah rasa sengal dan menyentap2...nak try nanti guna daun tu pulak...Thanks berkongsi petua..

Unknown said...

erm best jugak tips ni

akak skit eh?

moga cpt smbuh

Lelord said...

hehehhee oooo pokong bunga bakung...tau la

whitecappuccino said...

ooo..pokok ni ker? ari tu ada tanam dlm pasu tapi mati doh sebab semut gatal bersarang. Kaki seliuh ko?

Eyeme said...

x baik lg ke mek?pahtu g skoloh guane?

Alessandro said...

Salam Santai Disini...ada berita baik untuk anda wahai pemilik blog Kalam Hati..sila ke url berikut :

http://www.didozel.com/2012/02/salam-untuk-tahun-2012.html

Semoga hari anda ceria, santai dan tenang selalu. ^___^

mama ju said...

Salam

Tkasih kerana info ini. Tak tau pun...

Hafizin Jamil said...

tembaga lagi..suasa lagi..aha..kaya daun tu..

aliza said...

petua org lama2 kan,... lebih mujarab drpd makan pain killer atau amik injeksyen tahan sakit....

Woofer Storm said...

pernah tngok,tapi tak tahu apa pun..lebih suka diam dari ingin tahu..

slmt mlm kak^^

☾SHiemaCMa786☾ said...

oho...pokok ni..
kecik2 dulu selalu men debunga oren tu.. hehe..
tp bab daun die tu betul balut kat kaw bengkak blh redakan bengkak..

sian kak KH.. semoga cepat sembuh kakinya.. :)

Aki said...

Wow.. sharing Kakak ni best la.. thanks kak.. ^_^.v.. Semoga cepat sembuh.. :)

Fuzarosli said...

owh..bru taw nme dia...n bru taw gak bley dpakai wt ubat eyh...bley la pky pas neh klo kaki trseliuh...thnx 4 da info!...he

kurus said...

pernah tgk pokok nie wan .. tapi x tahu nama dia ..
hurmmm baru tahu nie ;)

Mama Ann said...

Thanks add mama..mama pun sakit kaki juga..solat pun dh lama duduk..TQ for the info...mama nk cari daun ni sampai jumpa..tp d mana ya...macam penah tengok..

Ce'gu JAERA said...

ahahaha.. saya pun baru tahu daun ni.. ehehehe

salam ukhuwah (",)

msredcheesecake said...

dah tau nama dia.... kaki teruk lagi ke? tak gi klinik?

sud@is said...

sllu nmpak tapi tak tau nama..smpai jumpa blog KH bru tau..

sebelum tu kenapa terseliuh, terjatuh?
semoga KH cepat sembuh

Unknown said...

Bukan pokok Bunga bakawali ke ni cik