Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, March 21, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA..

Eh bukan cheq yang nikah..hehe tu kan akad yang mesti dilafazkan oleh lelaki sewaktu berlangsungnya majlis akad nikah bagi menghalalkan sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan..

Hari ni, banyak berita tentang isu 'kahwin di masjid' yang disamakan dengan agama Kristian iaitu berkahwin di gereja..

Fuuh isu panas..Tapi rasanya kita sendiri pun boleh fikir..Masjid itu tempat ibadat kita orang Islam dan pada zaman Rasulullah SAW masjid merupakan pusat pendidikan dan pentadbiran..Menyamakan upacara pernikahan di masjid seperti Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Agama Islam..

Ku taknak komen lebih-lebih pasal ni..Biarlah yang lebih arif dan alim tentang permasalahan ni saja yang huraikan..

"Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam. Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.
“Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.
“Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW." (baca selanjutnya di mStar Online)

Dah jelas..jangan kelirukan lagi..huhu sepatutnya bila timbul kekeliruan sebegini, perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat terlebih dahulu sebelum keluarkan kenyataan..Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan tunjukkan kita jalan yang benar dan lurus..Sesungguhnya manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan..Yang penting kita saling ingat-mengingatkan..tegur-menegur..Barokallahu lakum!(semoga Allah memberkati anda semua)


14 comments:

Sharinginfoz said...

kalau boleh buat yang terbaik dan mengikut shariah

Kalamhati said...

>>Sharinginfoz:
betul tu..itu yg dituntut..berlandaskan syariah..

K.Nor said...

salam wan, k.nor baru jer terbaca kes ni kat fb.. tup2 dah keluar jawapan dr wan.. kadang2 benda yg kecik dibesar2kan.. cepat sgt spread kalau berita cam gini..mcm isu perkataan SALAM yg dikatakan tak baik diucapkan, padahal salam adalah ucapan yg paling pendek yg boleh disebut selain assalamualaikum...

Tinta Emas said...

entahlah...macam dah budaya...nikah aje kat masjid...kenapa tak buat dekat rumah....

mungkin nak mencari afdal...tapi yang dtg tu belum tentu nak sembahyang...ada pulak tu pakai selendang aje...nak jadi pengampit pengantin...

yang anehnya..masa nikah kat masjid tu aje pakai tudung...lepas tu buka aurat masa bersanding kat rumah...

Kalamhati said...

Salam K.Nor..

betul tu K.Nor..sepatutnya pastikan dulu kebenarannya barulah war2 kan..bab2 agama dan kepercayaan ni bukan benda main2 kan..

SALAM dalam bahasa arab bermaksud sejahtera..ataupun selamat..tu kira doa juga..
Assalamualaikum tu bermaksud sejahtera ke atas kamu.."kum" kat belakang tu ganti nama utk jamak..

jadi, kalau cakap salam shj pun takde salahnya..=)

sarah-najwan said...

gtu yer..
igt dulu masa ambo nikoh..xle wat kat umah..kene akad ni sejid..

tapi ambo xkisoh..janji ambo nikah..hehee

dah selamat pom..4 anak doh..

**meh la dtg blkg umoh ambo..amik gmbr...dgn dslr tu..lgi lawa..hehe

Kalamhati said...

>>Cikgu CTE:
huhu tu yang silapnya..buat kat masjid tu takde salahnya..tp org2 yg pergi ke masjid tu terutama yg perempuan tidak menjaga kesucian masjid sbgai rumah ibadah..

Pakai selendang nipis sahaja hanya kerana nak menghormati majlis bukan nk memenuhi tuntutan syarak..yg ni kena ubah..pakai tundung bukan trend tp tuntutan..malulah kepada Allah bukan malu kepada org yg melihat..

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
betul..mana2 pun tak kisah yg penting rukun tu dilaksanakan..
nikoh sejid sbb tok imam nak mudoh kijo dio bekali..

whaa behnyee kalu buleh amik gamba tu..nanti ado maso ambo bertamu ke sana..keno sedia kapet meroh..hahaha

Unknown said...

setuju sangat2..
skarang nie dah tak digalakkan di masjid sebab pakaian perempuan, termasuk wakil wanita berpakaian kurang sopan


PS: sebab tu masa nikah, kak ayu pakai baju ala2 muslimah..tak bersolek pun....heheh

eelobor said...

masa kali pertama itu ari kat atas masjid, mungkin kali ke 2 nie kat rumah perempuan jer lah.

hahahhaha, mitak2 la bini tak masuk baca komen sinih. huhuhuhu.....

gura jah.....

نورعيم said...

ade isu neh ke skng? adehh! nmpk sgt sy xup to date. huhu.

Solihin Zubir said...

adeyhhh... memandai ja ckp xleh nikah lam masjid sbb bukan amaln rasulullah..
kalau camtu, jd mufti pon bkn amalan rasulullah jugak..

Miss Yaty said...

astaghfirullah..kebanyakan dorng ni ckp je tapi tak bincang dgn mufti2 dan org2 alim dlu....

IMANSHAH said...

cek belum NIKAH lagi!!