Semalam kami di sekolah dikejutkan dengan berita yang mengejutkan. Anak kepada seorang rakan guru yang juga bekas anak muridku tahun lepas jatuh dari tingkat satu hostel. Dia belajar dekat Maahad Tahfiz di Beserah.
Kejadian berlaku around pukul 10 malam, apabila palang besi ampaian tempat dia berpegang sewaktu nak angkat baju yg dijemur patah.. Dia panjat sedikit simen penghadang sebab tak sampai nak ambik baju yang dijemur tu dan waktu dia berpegang kat besi ampaian tulah tetiba besi tu patah dan dia jatuh ke bawah.
Tulang dekat kening kiri dia retak dan mata bengkak..Kesian budak tu.. Masa dengar cikgu-cikgu ni bercerita, kecut gak perutku membayangkan cemana keadaan dia.. Rasa teringin sangat nak melawat dia. Dan balik dari sekolah tadi, ku pergi melawat dia dengan kawan-kawan.
Sampai-sampai di wad tengok dia tengah tidur.. Sayu hati.. Dah jauh beza sejak masuk ke sekolah tahfiz.. Cakap pun tersusun dan sopan je. Rasa nak menitik airmata.. Syukur alhamdulillah.. Dia ni memang terkenal dengan kenakalan dan kebrutalan dia mendebik kawan-kawan dia masa Tahun 6 tahun lepas.. Mak dia memang pening gak dengan perangai dia.. Kuat sangat pengaruh kawan-kawan. Memang tak sangka dia nak masuk ke maahad tahfiz. Tak membantah pun bila mak dia nak hantar ke sana..
Lepas jatuh tu, dia dapat bangun.. Berjalan dan duduk bersandar kat dinding.. Lepas tu baru kawan-kawan datang angkat dia.. Tukang masak hostel bawak dia pegi klinik. Alhamdulillah lepas buat ct scan takde kecederaan yang serius..Tulang kening retak dan kaki kanan dia terseliuh.. Tapi still tak dapat makan sangat..Bila makan dia muntah balik..huhu
Semoga dia cepat sembuh.. ''Terima kasih ye cikgu".. lembut je dituturkan.. Kenapa tah rasa tersentuh sangat.. Sebab lain benar dah sikap dia kot..Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Harap dia berjaya untuk menjadi Al-Hafiz.. InsyaAllah
15 comments:
harap beliau cpt sembuh..alhamdulillah x de pe2...
n3 baru : Kempen Say No VALENTINE!! ^,^
teringat kejadian pada anak sedara izan masa kat tahfiz kelantan sblm ni. terjatuh juga dari tangga sampai patah leher...mmg ngeri...
alhamdulillah...sejuk perut mak dia n kita yg memandang pun rasa sayu sgt ye. moga dia cepat2 sembuh~
huhu..semoga dia cepat sembuh..
tukang masak hostel??huhu
warden mana??
lebam mata dia tu..semuga dia cepat sembuh.
kesiannya..moga cepat sembuh...
subhanallah
syukur selamat,
ngeri membaca cerita...
alamak, saya yang membaca pun turut tersentuh. bertuahlah mereka yang mendapat hidayah & inayah dan terbuka pintu hati untuk berubah.
masih ada di kalangan2 "kawan2 zaman nakal2 dulu" namun msih terus hanyut dengan cara hidup mereka. Alhamdulillah, saya juga telah di pilih oleh-Nya untuk berubah berbanding dahulu.
kesiannya..lainkali berhati2..
nakal sangat kot...:)moga cepat sembuh
jadikan kejadian ini sbg pengalaman..
semoga dia cpt sembuh..
Saya yg bc n3 ni pun rasa sebak je tetiba....
ya Allah kesiannya dia. semoga dia cepat sembuh
tiba2 rasa nak nangis..
yong kuat nangis skg
hahhaa
note for Alinac's membership
http://www.alinacshoppe.com/2011/02/shawl-tudung-promotion.html
Ya Allah....naseb baek le tak teghok sangat.....means...kecederaan dia tak teghok sangat.......kalo tak...tak tau le nak cakap ape....moge die cepat semboh...... dan sekolah kenele ambik langkah berjage2 lebih lagiii
Post a Comment