CERIA... Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin sihat yang dirakamkan
di wad Epworth Hospital Melbourne, Australia pada pagi Isnin.
Turut setia menemani beliau ialah isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
- Foto THE STAR
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik terhadap rawatan yang beliau terima di Epworth Hospital Melbourne Australia, setelah dimasukkan ke hospital itu kerana mengadu sakit dada.
"Para doktor gembira dengan perkembangan kesihatan Dr Mahathir dan beliau memberi respons baik kepada rawatan antibiotik serta fisioterafi," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas perdana menteri itu di sini.
Ahad pagi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir melawat bapanya di hospital itu dan menikmati sarapan pagi bersama-sama bapa dan ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.>>>selanjutnya
No comments:
Post a Comment