Huhu syahdunya kurasa di saat iniii(kena nyanyi neh)..
Ni blog sekolah rendah ku..SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LAUT..
Bangunan pun dah lain dah..guru2 pun ramai dah yang pencen kot..sbb ku dah tak kenal guru2 baru..ada guru2 ku yg dah kembali ke rahmatullah seperti cikgu zakaria dan beberapa org lagi yg ku tak ingat nama..
Dekat je ngan rumahk u..sepelaung je..hehe dulu pun sekolah jalan kaki je..lalu ikut celah2 umah orang..ku dengan kakak ku je sekolah jat sini..6 orang adik beradik yg lain sekolah kat SRK Kampung Laut..sekolah omputeh..kami berdua orang melayu sejati!!haha
Ni pulak sekolah menengah..Dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Tumpat(SMAT)..tapi sekarang ni semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan ditukar ke pada Maahad Muhammadi..so jadilah Maahad Muhammadi Tumpat (MMT)..
Ramai lagi guru2 yang mengajarku dulu masih lagi setia mengajar kat sekolah ni..reunion hari raya hari tu ku tak sempat pegi sebab ada kenduri family..Rindu nak jumpa guru2 dan schoolmates..
Apa khabar Cikgu Jack ek?Cikgu Matematik kesayangan semua pelajar kt MMT ni..memang tak boleh lawan la..cikgu2 graduate yg datang pun tak boleh lawan cara dia ngaja..Sampaikan ku dengar cerita dari adikku..murid2 siap buat request ke Mudir (guru besar) mintak Cikgu Jack kekal ngaja utk kelas PMR dan SPM..kawan2 MMT mesti akan angguk setuju kalu baca entry ku ni..hehe
Ni lah dia..yg ku nak cerita..tho tak menarik pun..hehe tapi nilah tempat ku mula kenal huruf dan dididik jadi insan dan hamba yang tahu bersyukur..kenal Sang Pencipta dengan lebih mendalam..tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat terciptanya segala kejayaan dalam hidup..Akan ku kenang sampai mati..Jasa2 guruku akan terus mengalir sebagai amal jariah yg berpanjangan..
Dan sekarang ku sedang menyambung titisan ilmu2 itu kepada anak2 bangsa..meneruskan kesinambungan ilmu..takkan lelah..=)
No comments:
Post a Comment