Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, December 31, 2010

Berminat tak?

(STICKY POST)

Salam dan selamat pagi semua..

Saat kalian baca entry ni, Kalamhati maybe dah bertolak balik ke Kuantan dah..Jadi sepanjang ketiadaan Kalamhati di alam maya ni..Kalamhati cadang nak kumpulkan url rakan2 blogger yang masuk sini...

Kalamhati nak bubarkan page bloglist yang kat atas tu..sebab agak susah juga nak menjenguk rakan2 sebab banyak blog yang Kalamhati save tu hanya keluar page feed saja..Jadi melambatkan proses untuk Kalamhati jenguk..

Jadi, Kalamhati harap ada yang sudi tinggalkan url blog masing2 kat sini ye..Cadangnya nak buat A-Z bloglist senang sikit..

Harap kalian sudi tinggalkan url blog kalian kat komen entry ni..

Terima kasih atas kesudian kalian semua..

Doakan Kalamhati selamat sampai ke Kuantan ye..

TAHUN BARU..AZAM PUN BARU?..

Salam semua..

Kalamhati bersiaran lagi..hehe..Menjelang tahun baru. Hanya tinggal beberapa jam saja lagikan?..Bila nak mai tahun baru je..semua pakat-pakat list down azam masing-masing..kan?kan?kan?haaa tu Kalamhati nampak ada yang siap tulis kat Diary 2011 yang baru beli tadi tuuu..hihi

Ada orang tanya 'penting ke azam ni?'..Korang rasa penting tak? Ada orang kata penting..ada orang kata tak kan?..Bagi sesetengah orang senarai azam di tahun baru tu penting sebagai pemangkin semangat untuk dia mencapai apa yang ingin dicapai ataupun yang belum tercapai pd tahun sebelumnya..

Dan bagi sesetengah orang pula, azam boleh dibuat bila-bila je..Tidak semestinya bila datang tahun baru je kan..Ada yang tetapkan azam dalam seminggu, sebulan..Bila minggu ni tak mencapai tahap yg diinginkan..Minggu depan dia cuba capai yang lebih baik..

Jadi, bila2 pun azam yang kita tetapkan..yang penting cuba capai dengan sedaya yang termampu..yang penting azam untuk agama dulu..barulah azam2 lain pun lebih mudah untuk kita tunaikan..

Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua teman-teman blogger..Semoga tahun 2011 lebih baik dan bertambah berkatnya dari tahun 2010 ni..insyaAllah

**Kalamhati: Berazam untuk lebih bersemangat menjalankan tugas dan lebih kental jiwa dan diri..hehe yeahh!


Thursday, December 30, 2010

JUMAAT CUTI!!

Najib Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.
-BERNAMA
-------------------------------------
Tahniah Skuad Rimau yang gagah perkasa! Menjulang nama negara penuh bergaya..Kami bangga jadi warganya!..alhamdulillah! Apa plan korang Jumaat ni? Shopping hujung tahun?..Bawak family jalan2?..Atau berehat saja di rumah?..
Yang pasti sekarang ni, hati kita masih berbunga, kembang semangkuk..hehe sebab Piala Suzuki milik kita..Yeaahhh!
Kalamhati pegi mana Jumaat ni?..Pegi sekolah la..ada in-house trainning utk KSSR..tak bleh cuti kot sebab takde masa dah..huwaaa

Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat oh mesyuarat


Salam semua..lamanya Kalamhati tak bersiaran..huhu

Memang bz tahap kucing hilang anak..hehe..hari ni Kalamhati ada mesyuarat kurikulum..Tahun ni kena jd Ketua Panitia Bahasa Arab lak..huhu

Kat luar hujan..sejuuk..suara GB pun dgr tak dgr je..tido sodap ni..haha

Saturday, December 25, 2010

Rehat dan Rawat..


Kat workshop hantar kuda buat rawatan jap..huhu Kalamhati kalu rasa tak sedap sikit kudaku itu bila ditunggang,memang hantar check terus..Yelah kena berdikari sendiri kan..

Suruh orang workshop buat alignment and check bearing tayar depan sekali..Patut pun rasa tak smooth sikit..Bearing longgar..orang tu kata bearing Myvi memang tak tahan lama..dalam 3 bulan lebih dah longgar, tu yang bergegar tu dia kata..

Terbang lagi fulus..huhu kita tgk berapa Kalamhati kena!hehe

HAPPY BIRTHDAY!

(google)

HAPPY BIRTHDAY CIK NEOLLENE AIN!..

Semoga diberkati Allah..
Dikurniakan kejayaan dalam apa jua yang dilakukan..
Dipermudahkan segala urusan..
Dan didoakan
Semoga bahagia dunia dan akhirat..
Menjadi anak yang cerdik dan solehah..
Yang menjadi kebanggaan keluarga..

Luv u my dear sis!..mmuah

Thursday, December 23, 2010

KEGEMBIRAAN BERTUKAR TRAGEDI..

KOTA BAHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, Khamis.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa,42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampuisyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.
"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.
Ayah Aishah, Zakaria Muhamad, 43, pesara tentera berkata, anak dan isterinyabaru keluar tiga kilometer dari Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Beliau berkata, ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam KemTentera Desa Pahlawan berniaga sebagai pembekal pakaian seragam sukan dan guruanaknya memaklumkan bahawa Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1Cdalam PMR.
Katanya, beliau hanya menyedari kejadian itu daripada rakannya melalui telefon pada pukul 1.15 tengah hari dan berkejar ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian saya mendapati mayat isteri saya sudah diangkat manakala mayat anak saya masih berada di bawah tayar lori yang terbalik dan sedang diangkat oleh pasukan penyelamat,” katanya yang kini menjadi pembekal pakaian seragam sukan di Kem Tentera Desa Pahlawan, tidak jauh dari situ.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. - BERNAMA
------------------------------------
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun..Sedihnya..Di saat keluarga lain maih bergembira meraikan kejayaan..keluarga mereka terpaksa menghadapi saat yang memilukan..semoga roh keduanya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin

ALHAMDULILLAH..9A!!


Fuh!terlerai segala resah dan gundah bila nama anak sedara Kalamhati dipanggil namanya antara 109 org pelajar yang mendapat 9A..Memang terbaik!Dengan peratus 99.0..Meningkat 3.% dr tahun lepas..

Thank you Allah!Alhamdulillah..

Berdebarnyee!


Sekarang Kalamhati masih kat Maahad Muhammadi Perempuan..Result belum sampai lagi..semua du dap dup dap menanti..Huhu

Wednesday, December 22, 2010

KEPANTASAN MATA BLOGGER

Jeng!jeng!Ada segmen baru lagi..Mesti join ni!hehe..Ni jawapan yang hamba ketemu setelah hampir 15 menet menjegilkan mata hamba sampai juling..hehe

Letak header bos dulu..hehe



Cari siapakah pemilik serpihan header dibawah ini dan berikan nama pemilik blog tersebut berserta urlnya sekali ;
    1. image
    2. Lily Elisa @ http://lilyelisaabubakar.blogspot.com

    3. image
    4. Indra Amirrul @ http://fiarcacoutura.blogspot.com

    5. image
    6. Eddie Yustin @ http://www.borakkosong.com

    7. image
    8. Ujang9897 @ http://azfar9897.blogspot.com

    9. image
    10. BEN ASHAARI @ http://www.benashaari.com


Akhir sekali, pendapat saya tentang segmen ni ialah ia merupakan segmen yang amat bagus untuk senaman mata anda selain dapat melancarkan perjalanan darah dan  oksigen ke otak dan seluruh badan anda. Saya terasa seperti otak saya ringan sekali seperti telah diletak minyak
 pelincir. Rasanya karat2 dalam otak saya dah tiada lagi. Saya amat setuju kalau segmen ini diteruskan dari semasa ke semasa...peace!=)



Tuesday, December 21, 2010

Aiseh!Bikin malu je..

(ehsan dari Google)

Pengalaman ni memang Kalamhati takkan lupa sampai bila-bila..Sebab malu sangat masa tu..Sampai sekarang ni, Kalamhati memang pastikan betul-betul baru masuk..huhu

Pernah salah masuk toilet tak?Huwaaa Kalamhati pernah tersyasyul masuk toilet lelaki..Kejadian ni berlaku masa Kalamhati kat Pusat Matrikulasi..Kalau tak silap masa tu solat kat Pertama Kompleks..Kat level atas..Konfiden je masuk..Siap panggil member lagi..tapi dia tak menyahut..Tetiba ada sorang pakcik keluar dari toilet..Dia buat muka pelik je ngan Kalamhati..errrkkk! tengok kat pintu nampak label pintu "Lelaki"..

Tolonggg!! Terus Kalamhati keluar dengan muka selamba je..Keluar-keluar je nampak member tengah gelak sakan..Warrgghhh!malu...maluuu..Makanya sampai ke hostel la diriku digelakkan oleh dorang..memang takkan lupa sampai bila2..Malu besar weh!!

Korang penah tak?..hehe

TAK DAPAT MMP..DAPAT MP3 PUN JADILAH..


Hujan membasahi bumi Kelantan..air sungai pun agak besar..kalu ujan berterusan, tak mustahil esok lusa akan banjir..

Berbalik kepada tajuk entry..Dalam entry yg lepas, Kalamhati pernah cerita yang Kalamhati teman anak sedara pegi exam kemasukan ke Maahad MuhammadiPerempuan..Dan hari ni dah keluar resultnya..Dukacita anak sedara Kalamhati, hannan tu tak berjaya..Tapi dapat kat Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan(MP3)..Ku terkilan gak, tapi takde rezeki dia..huhu takpe yg penting dpt sekolah agama..

Monday, December 20, 2010

AKULAH PENDERHAKA TERBILANG!UHUUU...

Dapat sms dari adik Kalamhati, Puteripisces bagitau Kalamhati dah dapat title 'penderhaka terbilang'..Ben dah umumkan kat entry baru..errkk!

Terkezut banget gue!..terus on laptop..dan bila tengok entry Ben Ashaari tu, macam terharu sangat tengok ucapan2 tahniah dari rakan-rakan blogger..

(Ampun Ben!derhaka entry Ben untuk kenangan kat blog ni)

Huhu bila jenguk blog Kalamhati lagilah terharu bila ramai masuk blog Kalamhati dari blog Ben untuk congratulate si penderhaka ni..hehe memang derhaka sungguh diriku ini dengan resepi Inchik Mat Gebu tu..Maceh Cik Mat!Anda memang sporting abis..wa caya sama lu!..errr rock jap!..hehe

First time menang ni..segmen gila lak tu..hehe tapi Kalamhati bukan gila-gila ngat tau..Nakal sikit je!hihihi

Kalamhati suka nak memeriahkan suasana. Bila rasa segmen tu mudah dan boleh dibuat. Memang buat je. Lagipun cara ni dapat bantu naikkan trafik. Korang pun jangan lepas peluang. Sebab Kalamhati ni tak berapa kreatif nak blogging..

Hari ni, trafik naik terus..Dari biasanya dalam 5 6 orang je satu2 masa..naik sampai 11 hingga 13 orang berkunjung dalam satu masa..huhu sapa tak happy kan?Tapi yang lebih happy nya bila ramai blogger yg Kalamhati tak pernah singgah ke blog deme datang menyambung ukhwah..Rupanya masih ramai lagi yang Kalamhati tidak terjejak..Terima kasih kerana sudi jenguk..

Paling penting, ucapan terima kasih ni untuk Encik Ben Ashaari yang tidak pernah lelah memerah otak, membantu blogger2 baru. Memang betul menguntungkan beliau..tapi juga membantu kita. Ada ke orang yang sanggup susah buat segmen yg macam2..Lepas tu nak kena kumpulkan link2 yg banyak..pastu cari pemenang dengan buat poll plak..semua tu memerlukan kesabaran bukan?

Kalau kita nak buat pun, maybe kita buat sebulan sekali je..ni kadang2 sampai 2 3 segmen..Fuuh!memang kagum dan sangat berterima kasih dengan beliau..sebab tu la rezeki beliau sentiasa masyuk kan..sebab rajin dan sentiasa berusaha..Kalamhati ni masih ditahap suku je dr usaha beliau..Masih malas nak mengkreatifkan diri..

Tak lupa untuk Sifu di dapur kita, Cik Mat Gebu yang juga tidak pernah lokek dan sentiasa sporting..masih tawadhuk walaupun dah makin fofular..dah keluar paper you!hehe..Respect ngan Cik Mat..punya cara tersendiri untuk berjaya sampai ke tahap ni..Akan terus jadi idola no. 1 Kalamhati dalam blogging..insyaAllah..thanks berat Cik Mat!

Aku memang tak bisa bertahan dan tegar..
Tanpa kalian di sini..
Arigato semua penderhaka penyokong Kalamhati!
(jiwangs lak!ehehe )

Sunday, December 19, 2010

KALAMHATI TERPILIH ANTARA 5 PERDERHAKA!!

Errkk! terkezut campo tak percaya campo terharu bila baca kat blog Ben tadi yang blog Kalamhati terpilih antara 5 blog penderhaka resepi Cik Mat Gebu..huhu terima kasih Ben yang sentiasa tampil dengan idea yang diluar jangkaan dan pemikiran kita..Dan terima kasih juga untuk Cik Mat Gebu yang cukup sporting mengizinkan resepi beliau diderhakakan oleh kami..korang memang contoh terbaeekkk kami!

Kalau korang nak baca 4 lagi blog penderhaka tu..Korang boleh ke SINI..then korang pilihlah mana satu yang korang berkenan untuk korang nobatkan sebagai penderhaka sejati..hehe..

Jangan lupa tinggalkan komen korang kat situ ye..Kalau rasa Kalamhati layak..taip ON KALAMHATI hantar ke mana saja nombor telefon yang korang suka..wakekeke gurau je..

Kalau nak baca resepi Kalamhati si perderhaka ni..ada kat entry bawah ni ye..

Derhaka dalam sofan takpe kan..hihi

Saturday, December 18, 2010

MARI MENDERHAKA!



Halluuu..hari ini CHEF CIK KAK KEPOH(CCKK) nak menderhaka resepi yang pastinya korang suka punya! Sila sediakan kertas dan pen ye. Kalau takde pen, cilok pensel anak-anak or adik-adik jap pun takpe.. conteng je kat mana2 dinding..takpe..Resepi kita hari ini ialah:

LEMAK PAKU PAYUNG BERENDAM AIR HUJAN
(credit utk Cik Mat Gebu@DTS)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kilo pucuk paku payung yang dhilla beli kat kedai hardware. Yang berkarat lagi bagus.

99 ekor setengah udang saiz besar yang mamaukail kat tepi jeti semalam
Berkeping2 tempe, dipotong dadu sama saiz ngan dadu dam ular Imanshah
1 mangkuk ayun pati santan yang ummi sarah-najwan beli dari pakcik jual cendol kat TC.
2 tempurung santan cair yang Yong tercampur dengan air hujan sebab tertinggal kat tangga lepas perah semalam

2 batang serai, mintak dari umah opah Solihin, Jo tolong ketuk ye..pakai tukul kat tepi dinding tu.
1 keping asam gelugor, sekeping je tau..biar kurang asam jangan kurang adab
Secubit Garam mintak ngan K.Nor je senang dan gula sesedap si Rina je la dia nak letak banyak mana..

BAHAN TUMBUK LUMAT-LUMAT :-)
2, 3  genggam cili padi kaler purple..ko beli ke tak CCKK kirim tadi?
11 ulas bawang putih gebu..nak lagi gebu pinjam ngan CMG ye
100 biji bawang merah jambu (merah meghelik taknak)
1/2 inci kunyit hidup (tali inci pinjam sat dari Ciknor)
3 biji buah keras yang eelobor dah pecahkan pakai tayar kereta baru dia, test mana lebih keras
1/2 inci belacan kirim kat Kak Ina KL time dia pi Melaka aritu
51/4 biji ketumbar biji yang Noreed beli time dia pegi Sydney (sepuluh je ko beli ye Noreed?)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang paku dah diasingkan dari payungnya, cuci dan jemur atas atap jap. Kalau takde paku payung, paku berkarat pun ok gak.  Udang dibersihkan dan diambil kulitnya saja..isi dia bagi Zieyla makan je la ye biar dia besar  sikit. Letak umar yang cute dalam periuk, satukan kedua mempelai bersama bahan yang dikunyah halus dan santan cair, Yong!ko dah angkat belum santan kat tangga?..serai yang dititik dan dinoktahkan dengan marker tadi dan tempe, masak hingga mendidih darah  dan tempe jadi lemah lembut lagi gemalai.
  2. Masukkan kulit udang berserta kepala, asam gelugor dan masukkan payung paku dahulu agar ia lembut kemudian barulah batangnya pula, kacau  rata dan bila mendidih, tuang pati santan. Perahsantankan dengan garam dan gula cukup-cukup sampai depa jeles. Masak sehari semalam, rasa dan jika paku dah lembut, bolehlah matikan api. Hidangkan dengan kadar segera untuk mengelakkan paku mengeras semula....
PESANAN CIK KAK KEPOH :- Cili padi purple tu boleh ganti dengan cili giling yang Chekgu Isza buat cilikan mulut anak murid yang suka mencarut pagi tadi, atau pun kurangkan kuantiti cili padi kalau takut kena hambat ngan mak budak tu. Paku payung tadi kena masak lama untuk kekalkan rasa dan aroma paku tersebut, cuma patah-patahkan saja paku tu untuk pastikan ia masak, dan bila kelihatan sedikit bengkok, boleh matikan api. Kalau tak mati tiup kuat2 smpi mati..Akhir sekali, hidangkan dan makanlah bersama-sama keluarga anda. kalau takde orang nak makan, hantar je kat Citarasa Rinduan..Mesti laris!

Sekian dari CCKK! Selamat mencuba dan anda boleh menderhaka resepi ni sederhaka yang anda suka dengan syarat 'Jaga Diri Hiasi Peribadi' ye macam Cik Gayah kita tu..

Daaa...

**Perkataan 'ko' tu terpaksa digunakan utk menyedapkan lagi ayat..Maaf andai terkasar bahasa..ampun buk!


    KALAMHATI DAPAT HADIAH SAGUHATI DAN SAGUJANTUNG!!HEHE

    Alhamdulillah..Kalamhati tersenarai sebagai salah seorang pemenang saguhati dalam contest Teka Tikan yang dianjurkan oleh Pn. MohKembara..tho join suka-suka untuk meriahkan suasana je.. dapat juga hadiah saguhati..dan yang terharunya Kalamhati dapat satu lagi kejutan apabila Pn. MohKembara memilih Kalamati sebagai penerima hadiah sagujantung!hehe sebab syair yg Kalamhati buat kononnya menusuk jantung!..padahal main karang jer sesedap oren..



    Dalam contest tu, dikehandaki menjawab 3 soalan berdasarkan gambar2 yang diberikan. Untuk jawab contest ni, kita perlu selak balik entry2 yg lepas untuk cari gambar yang berkenaan dan bagi jawapan yang tepat.

    Dan soalan pertama, bukan memerlukan jawapan, tetapi perlu mencipta syair yang berkaitan dengan gambar. hehe bangkit semula aura syair dalam diriku..Gambar masjid yang diselaputi salji putih..

    Ni jawapan yang Kalamhati berikan..


    Soalan ke 3 tu Kalamhati salah..jawapan sebenarnya ialah patung Vladimir Lenin, di Rusia..
    Apapun, seronok join contest MohKembara sebab soalan2 dia memang unik dan menguji minda..hadiah dia lagi la unik..pastinya hanya ada di bumi Turkey saja..hehe mekasih Kak Halima! Lain kali buat la contest lagi!..=)

    Kalau nak kenal budaya Turkey dan lihat tempat2 menarik di negara-negara di seluruh dunia..Jenguklah ke blog MohKembara. Korang mesti suka!


    MENIPU UNTUK MASUK UNIVERSITI?

    BOSTON - Seorang pemuda berusia 24 tahun, Adam Wheeler mengaku bersalah berhubung 20 dakwaan terhadapnya termasuk penipuan identiti sebagai usahanya untuk memasuki Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Boston Globe kelmarin.
    Wheeler memberitahu hakim sebuah mahkamah di sini bahawa dia berasa malu dengan perbuatannya.
    Dia diarahkan diletakkan dalam pemerhatian pihak berkuasa selama 10 tahun dan membayar AS$45,800 (RM143,651) sebagai ganti rugi selain menjalani sesi kaunseling.
    Pemuda itu juga dilarang untuk cuba mendapatkan sebarang keuntungan dengan menjual kisahnya.
    Pihak pengurusan Universiti Harvard mula menyiasat Wheeler pada September lalu selepas seorang profesor yang meneliti semula permohonannya untuk biasiswa Rhodes dan Fulbright.
    Profesor itu mendapati bahawa pemuda tersebut telah memplagiat hasil kerja akademik yang dilakukan oleh pelajar lain.
    Pihak pengurusan universiti itu mendapati Wheeler memalsukan transkrip Universiti Harvard supaya ia menunjukkan dia mendapat banyak A bagi membolehkannya layak mendapat biasiswa.
    Pemuda itu kemudiannya diberikan geran penyelidikan lebih AS$45,000 (RM141,142), biasiswa dan bantuan kewangan dengan menggunakan hasil kerja akademik yang diplagiat.
    Dia yang memasuki kursus utama bahasa Inggeris itu dibuang dari universiti tersebut pada tahun lalu selepas profesor tersebut membongkar penipuannya.
    Semasa perbicaraan, dia mengaku menggunakan surat perakuan palsu dan memalsukan transkrip peperiksaan sekolah tinggi dan kolej.
    Universiti Harvard merupakan universiti berprestij di AS dan salah seorang bekas pelajarnya ialah pengasas laman web Facebook, Mark Zuckerberg. - Agensi
    -----------------------------------
    Huhu janganlah buat macam ni ye adik2..Musnah hancur masa depan sekelip mata je.. Bila orang dah hilang kepercayaan kepada kita. Mana kita nak tuju lagi kan.. Jauhi plagiarism juga. Biarlah ilmu dan pembelajaran kita tu berkat..

    DITIKAM 19 KALI, DI SIMBAH ASID KERANA TIDAK BALAS CINTA..

    Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..huhu pantang salah sikit..tak kena sikit..badan jadi mangsa tikaman dan simbahan asid.

    Orang yang sepatutnya layak dipanggil ayah, menagih cinta dari seorang yang layak digelar anak. Terkilan  dan sedih sungguh Kalamhati baca berita ni. Kenapa sanggup perlakukan sampai macam tu sekali hanya kerana cemburu. Iman tiada langsung ke di dada tu?..Hmm bila nafsu mengatasi akal waras..dah macam binatang. Malah lebih teruk dari itu lagi..

    Kalian baca dan nilai sendiri..

    JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.
    Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.

    Friday, December 17, 2010

    KORANG PERNAH JADI SUPERMAN TAK?

    Tak pernah?..Kalamhati pernah!hehe..Tak caya?Percayaalaaaah (mintak CT nyanyi jap)..

    Superman pakai baju kurung terbang dari basikal lalu melanggar pagar rumah orang..hahaha..Kenangan yang paling tak boleh lupa. Sampai koyak lutut. Sakit beb!

    Masa tu darjah 5 kot..Kononnya nak lawan racing basikal tua ngan anak sepupu..So kitorang main kat jalan lurus depan sikit dari rumah Kalamhati. Jalan tu memang jarang kereta keluar masuk. Memang sesuai untuk racing..Bawak basikal laju2 dan kena brek biar terseret la konon..haha

    Sekali dua pecut dan brek mantop lagi..masuk round ketiga masa tengah laju tu, nak brek tetiba brek basikal putus..Memang tak dapat kontrol dah basikal tu, makanya ku tuju ke pagar rumah jiranku utk berhentikan basikal tu. Apalagi terbanglah diriku macam superman bila basikal tu melanggar tiang batu pagar. Retak pagar dia tau tak..huhu ku pulak terpelanting ke jalan dengan gaya melutut..

    Masa tu rasa nak pitam je..tengok kain dah koyak kat lutut..selak je lutut!huwawawaaaa luka sebesar duit 50 sen..Anak sepupuku dah pucat dah..haha tau cuak..Maka terhenjut2 la balik rumah. Dalam hati ni berdebar sangat takut ayah marah. Tak pepasal kena tibai ngan dia plak..Handle basikal dia dah bengkok..Takutnyeeee!

    Nasib baik ayah marah jap je, kesian kot tengok lututku berdarah..huhu pedih nak mandi..Balut dgn plastik tak bagi kena air..Nak solat takyah cakap la..solat luruskan kaki ke depan..huhu lepas tu memang taubat nasuha dah..tak bawak laju-laju lagi (eh ke bawak lagi ek..hihi tapi tak racing dah)

    Bila ingat2 balik malu je..tetambah bila lalu depan pagar jiran tu..sampai skarang crack tu ada lagi cuma cat pagar tu je yg bertukar..huahuahua

    LOVE AWARD DARI WAN@SATU KISAH BERMULA


    Wah!ada juga yang sudi bagi Love Award ni kat Kalamhati..
    Terharu sungguh!..Terima kasih wan!

    Kalamhati dapat award ni dari adik manis kita Wan Fadhilah
    yang menuntut nun jauh di seberang Laut Cina Selatan
    di Universiti Malaysia Sabah

    Seronok juga baca pengalaman dia kat tempat orang dan
    cerita tentang study dia.
    Kalau nak baca..
    Jom kita ke Satu Kisah Bermula

    Tq so much Wan!


    SEGMEN: Dulu Aku Nakal!


    Kalamhati teringin nak join gak!hehe rasanya takde la nakal sangat sebab jenis yang innocent je..haha

    1. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun
    Sek. Keb. Kampung Laut (tahun 1983-1988) dan sekolah menengah di SMU(A) Tumpat, Kelantan (tahun 1989-1994)

    2. Aktiviti ko kurikulum yang Kalamhati ceburi
    Masa sekolah rendah masuk Puteri Islam (sofan je tau..hihi). Kat sekolah menengah lagi la kena sofan sebab sekolah agama. Kalamhati join Kelab Kerjaya dan Maklumat dan Persatuan Bahasa Inggeris. 

    3. Jawatan yang di sandang dulu
    Masa sekolah rendah jadi Penolong Ketua Pengawas..Sekolah menengah pun sandang jawatan yang sama (tapi nakal la jugak..hihi)

    4. Nama guru kesayangan Kalamhati
    Kat sekolah rendah Kalamhati suka Cikgu Wan Fadhilah sebab dia baik sangat. Kat sekolah menengah Kalamhati suka Cikgu Jack (Zailani)..Dia ngaja Matematik. Best sangat tapi Kalamhati tak pandai2 gak Maths..Hahaha setiap hari kena sekeh pala ngan dia sebab tak reti nak jawab. Maka kerja Kalamhati ialah meniru kawan2..Tapi dia tahu Kalamhati meniru..hehe


    5. Subjek paling disukai dan tak suka
    Paling suka Bahasa Melayu dan bila naik sekolah menengah tambah lagi subjek yang disukai iaitu Sains dan Bahasa Arab. Yang tak suka pula of course MATEMATIK!hihihi

    6. Kawan baik masa sekolah
    Masa sekolah rendah kawan baik Kalamhati nama dia Farid, Munirah, Abu, blablabla... Masa sekolah menengah nama dia  Liza, Che Mohs, Lis, Jah (of course bukan kawan lelaki sebab sekolah agama perempuan semua lak tu dalam kelas..hehe)

    7. Cita cita masa sekolah dulu
    Masa sekolah rendah cita-cita nak jadi ahli sukan..harharhar..Pahtu ayah bersungguh-sungguh nak hantar ke sekolah agama. Makanya jadi baiklah sikit sebab sekolah agama tak boleh melompat sesukati hati dah..hehe so cita-cita tu sentiasa bertukar kejap2 nak jadi Pensyarah, kejap-kejap nak jadi Lawyer, kejap-kejap nak jadi pramugari (errkk ni gurau je!). Tapi nak jadi Lawyer siyes!

    8. Artis feveret masa sekolah dulu
    Wakekeke gelak dulu before jawab.. Kalau nak tau i ni peminat setia Fauziah Latif. Semua album dia Kalamhati ada tau. Tak caya? Nanti Kalamhati tunjuk..

    9.Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
    Masa sekolah rendah yang paling tak dapat lupa bila Kalamhati kena rotan dengan Guru Besar kat perhimpunan sekolah. Rotan kat tangan 2 kali sebab parents tak hadir waktu Majlis Penyampaian Hadiah dan mesyuarat Agung PIBG. huhu ayah tak sihat dan mak terpaksa keluar cari rezeki. Makanya, Kalamhati rela dirotan. Malu memang malu sebab Penolong Ketua Pengawas masa tu beb!uhuk

    10. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin Kalamhati lakukan
    Jika dapat, Kalamhati nak belajar Matematik semula kasi terror. hehe..Dan nak rotan Guru Besar tu balik..errr tak2. Taknak ingat lagi kenangan pahit tu..


    11. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
    Nak kata nakal sangat tu tidaklah. Tapi masa kat sekolah rendah, Kalamhati ni agak tomboy sket, selalu pakai seluar pendek je..hehe. Yang paling tak dapat lupa Kalamhati pernah ikut member lelaki panjat pagar sekolah. huhu. Pastu kalau dalam kelas, suka main gusti lengan sampai gaduh2 dengan member sebelah. sebab dalam kelas duduk dengan kawan lelaki. Bila gaduh, dua2 kena sekeh kepala ngan cikgu..haha
    Sekolah menengah takde kot. Paling-paling nakal pun cuma suka panjat dinding asrama ngintai hantu!haha hantu tengah tarik air longkang pakai penyodok longkang..hantu betul!sampai patah katil asrama..huhu

    Rasanya tu saja yang boleh dikongsi. Memang kenangan sungguh. Yang mendewasakan dan mematangkan diri ini. Dan paling bersyukur kerana arwah ayah hantar Kalamhati ke sekolah agama. Alhamdulillah..


    Pesanan buat puteri..

    Puteriku Sayang
    Album : Keizinan Mu
    Munsyid : Hijjaz

    Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
    Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
    Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
    Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

    Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
    Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
    Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
    Berpegang pada janji mengabdikan diri

    Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
    Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
    Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
    Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

    Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
    Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
    Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
    Mahligai syurga itulah tempatnya

    Pandai bawa dirimu..Jaga maruahmu..Jaga pergaulanmu..Jaga akhlakmu..Jaga auratmu..Jgn rendahkan darjat muliamu di sisi Tuhanmu..

    Manual Hidup?

    Kita perlukan manual atau panduan penggunaan bila kita beli apa2 saja benda baru kan?Kalau tak kita tak tau cemana nak guna..kalau men hentam je pun maybe benda tu tak function properly..takpun jahanam trus..Ada gak yang jenis pandai beli je pahtu simpan wat pekasam..hehe..ada lak yg tak pandai guna tp tanak cuba baca panduan penggunaan or tanya orang last2 gantung kt dinding je or letak kt ceruk dinding..ngabihkan duit je beli..bek bunag lem tong sampah trus kan..

    Sama cem diri kita gak..kita ada manual diri untuk menjalani hidup kita di dunia ni..pe manual kita ek?kalo beli handphone baru kita sibuk baca manualnya dulu..beria2 kita study kan..hehee..tp kita kadang2 terlupa nak study panduan diri kita..lupa kt mana kita letak buku panduan diri kita..iaitu AL-QURAN..

    Kita boleh bayangkan cemana hidup kita kalo kita tak ikut panduan yg terdapat dalam Al-Quran..tak faham segala pengajaran, larangan dan suruhan yg terdapat di dalamnya..Dan yang paling sedihnya ada yang takde senaskhah Al-Quran pun kt rumah..Hmmm

    Ada yg memandang ringan je dengan kitab ini..anggap cem buku2 biasa je..letak sesuka hati..ada yg tindih Al-Quran dengan buku2 lain..sedangkan sepatutnya ia diletakkan paling atas..Masa belajar dulu, ingat lagi seorang lecturer ni setiap kali masuk kelas di selalu pesan jgn tindih Al-Quran dengan buku2 lain..kalo tgk Al-Quran di letak bwh buku or sumting dia pesan suruh alihkan..bagaimana boleh kita pandang remeh pada perkara yg memang kita nmpak remeh tp ekceli berdosa..kalau nak pegangnya pun mesti ada wudhuk inikan pula kita nak letak sesuka hati sesedap oren je..

    Bila kita baca manual handphone (contoh paling senang la sbb ni kira kegilaan kita skang) kita baca dgn sungguh2..kalo bleh nak hafal semua panduan yg ada lem tu..tp bila baca Al-Quran kita tk minat pun nak faham isi kandungan..maksud..tafsiran setiap ayat yg dibaca..alasan yg biasa dengar sebab tak reti Bahasa Arab..sbb tak belajar tajwid sgt..baca sbb memang kena baca..sbb tiap2 malm Jumaat org biasa baca Yaasin..so baca gak la..alangkah ruginya..

    Ku bukan teror bab Ulum Al-Quran ni..bukan nak berlagak ke pe..just sebagai tazkiran dan muhasabah utk diri sendiri dan semua yg masuk sini..sekadar berpesan demi kebaikan bersama..taim gelak kita gelak..taim jiwang karat bleh jiwang..taim mengong tahapahapa pun tgk masa gak..dan taim kita ingat-mengingati pun tak kita lupakan..

    Kekadang kan, ni berdasarkan pemerhatian ku la..nak kata terkilan tu ye la kot..orang yg nak jadi imam solat berjemaah sepatutnya mempersiapkan diri secukupnya..banyak dah ku jumpa imam yg tungang langgang bacaannya..tajwid tah kemana2..hmm kalau basic hukum tajwid cem nun mati dgn mim mati pun hancus cemana penerimaan solat kita dan org yg jadi makmum...berat sebenarnya tugas jd imam tu tp ada yg cem syok sendiri je..nak jadi imam tp tanak belajar..rasa dh bagus..ini hakikat yg ku tgk sendiri..di kalangan kawan2ku sendiri..tak dinafikan ada yg bagus dan layak..tp masih ramai yg blum mahir dalam ilmu Al-Quran..cara bacaan yg btul..tanda baca dalam Al-Quran tak dititik beratkan..mereka tk dalami ilmu Al-Quran dgn lebih mendalam.Paling kurang pun al-Fatihah biar lulus..sbb dlm solat al-Fatihah tu kan rukun..tak btul salah satu rukun roboh la solat tu....

    Kalau nak rasa kesan bacaan Al-Quran kita kena tahu maksudnya..nak tahu maksud kena la rujuk pd tafsir..kalau setakat baca je kita maybe tak rasa apa2..contohnya bila kita baca surah Al-Zalzalah..orang yg tahu maksud akan rasa takut dan bergetar hatinya bila baca..bg yg tak tahu makna tak rasa pe2 pun..cem baca ayat biasa je..tu bezanya org yg baca Al-Quran dengan penghayatan dan org yg tak..

    Kalau ada masa, carilah peluang belajar ilmu Al-Quran..at least kita tahu cara baca yg betul..makhraj dan tajwid dulu yg kena btul..diriku pun masih dalam proses mendalami hukum mad..harakat bacaan kekadng tak btul lagi..yg 6 harakat terbaca 2 je..susah pun kena gak belajar..Agar manual hidup kita ni tak terbengkalai kt ceruk lemari or takpun sebagai hiasan atas rehal je..Jadikan membaca al-Quran tu sebagai amalan biasa setiap hari agar bibir dan hati kita sentiasa basah dengan ayat2 suci..dan jiwa kita sentiasa ingat pada Pencipta kita..InsyaAllah sama2 kita tingkatkan ilmu dan amalan kita..Wallaua'lam

    Thursday, December 16, 2010

    Jangan Salah Asuhan

    Hadith:
    Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula. (Muslim)

    Huraian :
    Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa.
    Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan.
    Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang.
    Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan.
    Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.
    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (dipetik dari mStar Online)
    ----------------------------------
    Sedih gak tengok keadaan sekarang ni, kalau kat sekolah ramai budak2 yang kurang sopan pertuturan mereka. Mencarut dan menyumpah tu dah jadi perkara biasa. 
    Tambah sedih lagi, bila dengar anak sedara yg Darjah Dua tu, kalau gaduh je terus mencarut.. Kuatnya pengaruh kawan-kawan. Kakakku pun rasa malu gak. Bukan tak ajar..bukan tak marah tapi kejap je janji lepas tu sebut balik.
    Salah didikan ke apa kalau cemni?huhu kalau kat dalam kelas, kadang2 rasa nak jadi hulk hogan je bila dengar bebudak senang2 je mencarut. Budak2 yg innocent pun turut terikut.. sedih betul

    Seminggu je lagi..

    Nape menghitung hari ni?..Macam orang nak bersalin or tunggu result exam je..hehe..Bukan bukaan..Tadi sambil termenung-menung duk kira lama mana lagi Kalamhati duk kat kampung. Kira punya kira, mak aih lagi seminggu je lagi..huhu

    Cepatnya masa berlalu. Rasa baru je cuti sekolah hari tu. 24hb ni dah kena balik Kuantan. Banyak tugas menanti. Meeting akan bermula pada 27hb tapi Kalamhati kena datang awal utk preparation Jamuan Tahunan sekolah. Banyak hadiah yang nak dibeli sebab jadi Bendahari Kelab Guru sekolah.

    Mak Kalamhati duk membebel dah, bising sebab kena balik awal ke Kuantan..huhu. Biasa la, kalau Kalamhati dah balik kampung ni, nak ke mana2 susah betul dia nak bagi izin. Kalau boleh dia nak kita melekat je kat umah. Tapi bila balik kampung, Kalamhati memang kat umah je. Teman mak.. Habis2 pun merenderk ke Kota Bharu ngan member or anak2 sedara..

    Bila ingat tak lama lagi sesi persekolahan nak mula, huwaarrggh rasa malas pun menjelma tanpa diundang..hehe. Bermulalah kembali rutin menulis buku rancangan mengajar, lambakan kerja2 sekolah yang tak pernah takde, kerenah murid-murid yang 1001 macam dan macam-macam lagi. 

    Tapi tugas tetap tugas, itu sumber rezeki. Biasanya bila dah sampai sekolah, mood dah bertukar. Kembali bersemangat balik. Bila tengok muka2 baru yang comel2 (awal2 comel la lagi..lama2 comot la..hihihi) tambah lagi semangat.

    Semoga tahun ni lebih bersemangat menjalankan tugas. Yehaaa!

    Kalamhati yang menurut perintah.



    Wednesday, December 15, 2010

    KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010: MALAYSIA 2- VIETNAM 0.


    (sumber gambar dr Sharinginfoz)

    Tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan Separuh Akhir pertama yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Dan Safee Sali manjadi hero negara kerana menjaringkan kedua-dua gol kemenangan untuk membawa Malaysia mendahului pusingan pertama ini..

    Gawang Malaysia nampaknya kukuh untuk ditembusi oleh pemain-pemain Vietnam. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi cekap dan tangkas menangkis setiap percubaan pemain Vietnam. Syabas dan tahniah kepada beliau. Memang terbaik dari ladang..hehe

    Tak sabar menunggu perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 18 Disember 2010 kalau tak silap..Semoga Piala Suzuki 2010 ini bakal menjadi milik kita..InsyaAllah!Sama2 kita doakan..

    Encik Eelobor mesti bersorak gembira kat stadium sana..hihihi

    Aiseh!Takkan tak perasan?




    Nampak tak tiang gate penghalang jalan keretapi tu patah?..Ni dah kali ke berapa dah pun tah berlaku..macamana boleh tak nampak gate keretapi tu ditutup..huhu nasib baik keretapi belum sampai..kalau tidak memang teruk la..waktu Kalamhati lalu td,kereta kancil yg langgar tiang tu dah dibawa ke tepi..keretapi pun dah selamat melintasi kawasan ni..

    Biasanya waktu malam berlaku,maybe sbb gelap..ni siang hari terang benderang lg..bunyi siren amaran pun rasanya kuat..Agaknya tengah khayal kot..huhu hati2 kawan..Selama Kalamhati tinggal sini dah dua kali terserempak dengan kejadian cemni..Nak ke kampung Kalamhati memang kena lintas jalan keretapi ni..

    KENAL TAK?

    Huhu masa duk belek-belek senarai followers yang ku belum jejak balas lagi td, tetiba mata ni terlekat pada satu nama ni..Eh!macam familiar je..tengok gambar dia lagi la familiar..

    Tak sangka lak dia rajin menjenguk blog2..siap jadi follower tu..terharu sungguh. Siapa yang tak kenal Mazlin Nordin kan. Wartawan TV3 yang yang cukup sinonim dengan rancangan Majalah 3 suatu masa dulu kan...


    Mekasih banyak-banyak Sis Mazlin sebab sudi menjenguk je sini. Kalau anda nak jenguk blog beliau, bolehlah ke SINI

    Seronok baca perkongsian beliau.. Tapi awas2 kepada sesiapa yg fobia dengan Encik Snake.. Scroll entry beliau elok2 sebab ada satu entry tu banyak gambar Encik Snake a.k.a Encik Adam (seperti yang di panggil oleh Sis Mazlin). Takut anda pengsan lak..Tak dapek lak den nak nolong..huhu


    A is for Allah..

    Huruf hijaiyyah..satu cara untuk kenal Allah..interesting..suka dengar awal2 dulu..bila layan balik lagu2 nasyid malam td..Tingin nak share sini..=)


    ALLAH is the best..Terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaanMu yang menyirami hidup kami..Alhamdulillah..Segala puji hanya untukMU..


    Tuesday, December 14, 2010

    TERINGAT PESAN USTAZ..

    Masa duk ambil wudhuk tadi tetiba terlintas untuk buat entry tentang wudhuk..Ilmu yang diamalkan tak salah dan patut dikongsikan ye dak?..

    Sebenarnya memang semenjak dari mendengar penerangan ustaz (kalau tak silap ustaz Kalamhati ku ni namanya Maahad) masa Kalamhati kat Pusat Matrikulasi UIA dulu..Dan sampai sekarang tak pernah lupa dan menjadi amalan.

    Dia pesan kalau ambil wudhuk, di setiap perlakuan wudhuk tu mesti berdoa dalam hati.


    • Ketika basuh tangan - doakan semoga kita menerima buku amalan dengan tangan kanan.
    • Ketika berkumur - doakan supaya mulut kita ni sentiasa menyebut perkara2 yang baik dan benar.
    • Ketika basuh muka - lepas niat...doakan supaya Allah bersihkan (cerahkan) muka kita dengan nur dan jangan dihitamkan wajah kita.
    • Ketika basuh tangan sampai ke siku - doakan supaya kita tidak melakukan perbuatan yang tidak baik.
    • Ketika menyapu ubun-ubun - doakan semoga kita dilindungi di bawah teduhan arasy.
    • Ketika basuh telinga - doakan semoga kita dipelihara supaya tidak mendengar perkataan yang tidak baik.
    • Ketika basuh kaki - doakan semoga ditetapkan kaki kita di titian sirot.

    Kali ni Kalamhati nak kongsikan amalan ni dengan semua kawan-kawan. Sebab Kalamhati rasa ia merupakan doa penting dan buat hati kita lebih khusyuk ketika mengambil wudhuk. Cubalah amalkan. Doa betul2 seikhlas hati..Dan tak terhad kepada doa di atas saja. Apa2 doa yg anda rasa sesuai untuk dipohon kepada Allah.

    Wallahu a'lam

    Monday, December 13, 2010

    DUITMU ADALAH DUIT KU!

    Eh ni bukan kisah pisau cukur tau!Hehe..nak cerita pengalamanku masa study dulu..Al-kisahnya, pada hari tu scholarship masuk. Ku dengan bestfriendku janji la nak celebrate la kenkunun dah jadi OKS (orang kaya segera..duit abis pun segera..kikiki) nak makan pizza sebab kitorang memang hantu pizza.

    So pegi la ke Jalan TAR untuk makan pizza. Jalan pun rasa cem orang kaya je!hahaha..Tapi duit lum withdraw lagi ni. Pegi la withdraw dulu. Sampai kat ATM, terus masukkan kad. Firstly mestilah nak check balance dulu kan..Nak tahu berapa yang masyuk. Papapan di skrin buat kami berdua terkezut cimpanzi!

    Kenapa ek?!Sebaaaab ada saploh hengget je dalam tu. Huwaaaa!Mana pegi duit i?Where?Di mana?Aina?Kiya hey?(eh betul ke?)..Gabra la jugak tapi cuba cool kan diri..Pastu bestfriend ku tah cemana tah dia terfikir nak check account dia gak. Actually dia tak dpt dah scholarship sebab dia dah grad dan buat part-time kat U masa tu.

    Yang mengejutkannya, dalam akaun dia ada ribu2!Akaun dia tu khas untuk duit scholarship je. So, bukan duit dari parents dia. Kitorang tak fikir panjang pun..Terus jumpa jawapan..Jawapan pe?hehe

    Kitorang agak Financial Unit dah tersilap masukkan duit scholarshipku ke akaun bestfriendku..Cemana leh jadi cemtu??Very de impossible lah!..Tak caya?..Percayalah!

    Esoknya, kitorang segera ke Financial Unit untuk maklumkan perkara tu. Bila bagitau terkedu abang tu. Dia garu-garu kepala yg tak gatal..So, before dia lagi pening, kami bagitau yang I/C NO. kami lebih kurang sama sebab tarikh lahir kami sama..bezanya kat belakang je..Kalamhati punya 70 dia punya 54..tu je bezanya.

    Hua hua hua abang tu sekali lagi tepuk dahi dia!..'Eh!kau dah tak dapat scholarship ek?'..Dia tanya kawanku itu..'Tak dah bang..baru grad je'..'Aiseh!mesti abang salah key in ni..Memang logik pun tersalah..Fuh!nasib baik korang kawan baik. Kalau tidak memang naya..'..'Gini la, abang mintak maaf banyak..Abang percaya kat korang..Ko keluarkan duit tu bagi kat dia k'..Kesian lak ku tengok muka pucat abang tu..huhu

    Dipendekkan cerita, makanya lepas tu kitorang transferkan duit tu dr akaun kawanku ke akaun tu..Jarang berlaku kan?Tapi memang telah terjadi kepada diriku. Kenangan sungguh!Kalu masuk ke akaun orang lain, belum tentu dapat balik. Kalau rayu pun mesti pihak Financial tak percaya kan?

    Korang pernah terserempak dengan kejadian macam ni tak?