Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, August 16, 2009

Mereka Kembali!

Alhamdulillah..Suasana di asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) yang betul2 menghadap tingkap bilik ku kembali hidup setelah seminggu sepi. Sesi pengajian ditangguhkan seminggu mungkin kerana penularan wabak H1N1. Ku gembira dan bersyukur bila dapat mendengar kembali alunan ayat-ayat suci dan zikrullah dari corong pembesar suara surau mereka..

Dari petang sebelum Maghrib smpilah ke tengah malam..sebelum tidur mereka sudah dilatih supaya tidak lupa untuk mengingati Allah..Sebelum tidur seringkali ku dengar mereka membaca surah Yaasin dan bersolat dahulu sebelum tidur..selepas Subuh sebelum ke sekolah begitu juga..Siap dengan kuliah Subuh atau apa saja santapan jiwa yg boleh didengari smpi ke tempat tinggal ku..Setiap malam bila dengar je dorang mula berzikir..ku suka buka tingkap bilik luas2..Biar dapat ku dengar butir2 zikir tersebut..

Agaknya itu perbezaannya bila bersekolah di sekolah asrama penuh..Setiap pelajar tidak tertinggal walau seorang pun untuk dilatih menjadi khalifah..imam kepada penghuni di dalamnya baik kecil atau besar..Atau pun hanya sekolah2 berasrama tertentu sahaja..Yang warden atau guru2nya sanggup turun padang mengimami solat mereka dan melatih mereka jadi imam..Setiap hari orang yg berlainan yang mengalunkan azan dan bacaan Al-Quran..walau suara tak semerdu Qari terlatih namun mereka berani untuk belajar..Sesungguhnya ku kagum kerana dalam kelekaan dan keterujaan anak2 muda sekarang mengagungkan hiburan..Masih ramai yg terdidik dengan cara hidup Islam yang baik..Alhamdulillah..

Sebenarnya panjang ku nak tulis tentang generasi harapan negara dan agama ni..yg masih kecil la..berdasarkan pengalaman ku sebagai guru di sekolah rendah..yg dipertanggungjawabkan mendidik tunas2 bangsa ni..nnt ku buat tajuk post yg lain..=)

1 comment:

c.m said...

setuju..
mostly mana2 sbp lengkap subuhnya, zuhurnya, asarnya, maghribnya, isyaknya dengan jemaah,tazkirah,yasiin,ma'thurat,alquran dan leteran. huhu.sampai telelap lelap lem kelas :D